Nama Program : Digital Learning -Kelas E-Tuisyen Sekolah Rendah 

Tarikh : 4,5,11,12 Mei 2024 (Sabtu - Ahad)

Masa : 12.00 Tengah Hari, 2.45 Petang, 9.30 pagi, 2.15 Petang

Tempat : Ruangan Pengguna NADI

Kehadiran : 6 orang (Tahun 2, 3, 5, 6) 

Tujuan :

i. Mengisi masa lapang murid untuk belajar secara atas talian bila hujung minggu.

ii. Memudahkan ibubapa menghantar anak-anak mereka belajar lebih mendalam dalam sesatu subjek matapelajaran.

iii. Menjimatkan masa dan kos ibubapa yang kurang kemampuan menghantar anak-anak ke bandaraya bagi mendapatkan kelas tuisyen.

iv. Memahirkan murid-murid dengan suasana pembelajaran atas talian yang mesra persekitarannya.

 

Aktiviti :

a. Murid-murid disediakan pautan kelas atas talian sebelum sesi bermula oleh petugas NADI.

b. Sepanjang kelas berjalan, petugas akan memantau sesi pembelajaran murid-murid di NADI supaya fokus kepada cikgu yang mengajar.

c. Cikgu atas talian akan memberikan quiz untuk menguji pemahaman murid-murid dalam setiap kelas yang dihadiri oleh mereka.

d. Murid-murid boleh berkomunikasi dengan cikgu bila ada pertanyaan atau kurang faham dalam subjek yang diajar.

 

Gambar disini