Nama Program : Klik Dengan Bijak - Tidak Pasti, Jangan Kongsi & Awas Scammer Tarikh :10 Jun 2024, Isnin Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Latihan Kehadiran : 4 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) |
Tujuan:
i. Mengelakkan menjadi mangsa penipuan atas talian dikalangan remaja.
ii. Mendidik komuniti supaya jangan terlalu cepat percaya berita yang tidak sahih kebenarannya.
iii. Mengingatkan komuniti jangan suka-suka hendak viral atau sebarkan berita-berita panas yang boleh menjejaskan keharmonian setempat.
iv. Menyebarkan informasi ciri-ciri jenayah siber semasa kepada komuniti untuk mencegah mereka daripada tertipu.
Aktiviti :
a. Tayangan video Klik Dengan Bijak di tonton oleh komuniti dari kisah-kisah benar yang dilakon semula.
b. Petugas turut memberi taklimat serba-ringkas kepada komuniti apa itu Klik Dengan Bijak.
c. Quiz Klik Dengan Bijak diadakan untuk menguji pemahaman komuniti.
d. Petugas menerangkan kepada siapa agensi yang berwajib yang boleh mengambil tindakan undang-undang sekira berlakunya jenayah siber.
Nama Program : Kelas e-tuisyen atas talian Sekolah Rendah. Tarikh : 8 - 9 Jun 2024, Sabtu - Ahad Masa : 9.30 pagi, 2.15 petang, 3.30 petang Tempat : Ruangan Pengguna & Bilik Latihan NADI Kehadiran : 5 orang (Tahun 2,3,5,6) |
Tujuan:
i. Murid boleh membaiki mutu subjek yang lemah semasa pembelajaran di sekolah.
ii. Boleh memperkukuhan tahap pemikiran murid yang lebih kreatif dan inovasi.
iii. Membantu murid memahami setiap subjek dengan lebih mendalam bila menjawab ujian.
iv . Melatih murid menjawab ujian dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Aktiviti:
a. Nota disediakan bagi setiap matapelajaran yang didaftar oleh petugas NADI.
b. Sesi pembelajaran akan di pantau oleh petugas untuk mengelakkan murid bermain.
c. murid akan menjawab quiz yang diberikan oleh guru-guru secara atas talian untuk memguji pemahaman murid.
d. Petugas NADI akan menyediakan set komputer kepada murid sepanjang sesi kelas bermula.
Nama Program : Belajar Asas Bahasa English Bagi Murid Sekolah Rendah Dan Pelajar Sekolah Menengah Menggunakan Tablet NADI. Tarikh : 18 Mei 224, Sabtu Masa : 11.30 pagi, 1.00 tengah hari Tempat : Ruangan Pengguna NADI Kehadiran : 4 orang |
Tujuan:
i. Murid serta pelajar dapat belajar menguasai bahasa English dengan baik dan mudah.
ii. Applikasi belajar bahasa asing boleh memahirkan diri komuniti tersebut dengan sendirinya.
iii. Komuniti boleh melayari tutor belajar bahasa English di Youtube yang sedia ada, hanya klik sahaja.
iv. Untuk sumber rujukan bertutur, menulis dan mengarang esei dalam bahasa English dengan mudah.
Aktiviti :
a. Murid dan pelajar boleh meminjam tablet NADI dengan dipantau oleh petugas sendiri.
b. Petugas akan membantu mereka bagaiman untuk menggunakan tablet tersebut.
c. Mereka akan memulakan pencarian melalui applikasi youtube atau google.
d. Untuk menguji kefahaman bahasa English, mereka boleh pergi ke Quiz atas talian bahasa English mengikut tahap pendidikan.
Nama Aktiviti : Penyerahan Sijil Perakuan Kursus dari NADI Tebedu Tarikh : 14 Mei 2024 & 28 Mei 2024 Masa : 11 pagi Tempat : Lobi Kaunter NADI Kehadiran : 3 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) |
Tujuan:
a. Menggalakkan lepasan sekolah menambah pengetahuan dalam teknologi ICT bagi meningkatkan kemahiran hidup di masa depan.
b. Menyediakan komuniti dengan kemahiran yang dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan di pasaran.
c. Menguasai pengetahuan mengenai peralatan serta teknologi ICT sebagai kerjaya individu bila tamat pengajian.
d. Mempelajaran asas-asas perniagaan secara atas talian di peringkat kecil-kecilan.
Aktiviti:
i. Sebelum layak mendapatkan sijil perakuan tersbeut, komuniti akan di uji pemahaman mengenai setiap subjek yang telah mereka pelajari sepanjang kursus di NADI.
ii. Petugas NADI akan menyediakan Ujian penilaian untuk menguji kemahiran yang telah dikuasai oleh komuniti selepas habis kursus.
iii. Ujian di buat dalam komputer yang disediakan di Bilik Latihan NADI.
iv. Petugas akan menyemak ujian penilaian tersebut satu-persatu bagi memastikan komuniti layak mendapatkan sijil mereka.
Nama Program : Digital Learning -Kelas E-Tuisyen Sekolah Rendah Tarikh : 4,5,11,12 Mei 2024 (Sabtu - Ahad) Masa : 12.00 Tengah Hari, 2.45 Petang, 9.30 pagi, 2.15 Petang Tempat : Ruangan Pengguna NADI Kehadiran : 6 orang (Tahun 2, 3, 5, 6) |
Tujuan :
i. Mengisi masa lapang murid untuk belajar secara atas talian bila hujung minggu.
ii. Memudahkan ibubapa menghantar anak-anak mereka belajar lebih mendalam dalam sesatu subjek matapelajaran.
iii. Menjimatkan masa dan kos ibubapa yang kurang kemampuan menghantar anak-anak ke bandaraya bagi mendapatkan kelas tuisyen.
iv. Memahirkan murid-murid dengan suasana pembelajaran atas talian yang mesra persekitarannya.
Aktiviti :
a. Murid-murid disediakan pautan kelas atas talian sebelum sesi bermula oleh petugas NADI.
b. Sepanjang kelas berjalan, petugas akan memantau sesi pembelajaran murid-murid di NADI supaya fokus kepada cikgu yang mengajar.
c. Cikgu atas talian akan memberikan quiz untuk menguji pemahaman murid-murid dalam setiap kelas yang dihadiri oleh mereka.
d. Murid-murid boleh berkomunikasi dengan cikgu bila ada pertanyaan atau kurang faham dalam subjek yang diajar.