Nama Aktiviti : Pendaftaran kemasukkan murid ke tahun 1 bagi tahun 2024/2025

Tarikh : 3-14 Mei 2024

Masa : 10 pagi , 2.30 petang

Tempat : Ruangan Pengguna NADI 

Kehadiran : 30 orang

Tujuan :

i. Mendaftar murid-murid pra sekolah  oleh ibubapa dan penjaga ke tahun 1 dalam laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii. Memudahkan pihak sekolah menyemak nama-nama murid yang belum mendaftar ke tahun 1.

iii. Melatih komuniti untuk menggunakkan teknologi ICT bagi mendaftar anak-anak mereka.

iv. Membantu pihak sekolah yang ada masalah talian internet  yang tidak stabil bila proses pendaftaran itu.

 

Aktiviti :

a. Ibubapa atau penjaga mesti membawa dokumen-dokumen data peribadi murid untuk tujuan pengisian borang kemasukkan ke tahun 1 secara atas talian.

b. Pengisian pendaftaran mengambil masa anggaran dalam 30 minit bagi setiap murid yang datang ke NADI.

c.  Pengesahan akaun pendaftaran murid dilakukan dalam laman web yang diberikan pihak sekolah melalui telefon bimbit  ibubapa atau penjaga.

d.   Setelah selesai urusan pendaftaran atas talian dan dihantar, petugas akan mencetak dokumen yang berkaitan seperti yang diarahkan.

 

 Gambar disini

 

Nama Program  : Kelas Asas Keusahawanan    

Tarikh : 3 Mei 2024, Jumaat.

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Latihan NADI

Peserta : 3 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) 

Tujuan :

i. Melatih bakal-bakal usahawan muda dikalangan muda-mudi setempat menceburi bidang perniagaan secara atas talian.

ii. Mendapatkan kemahiran baru untuk dipelajari bagi menambah pengetahuan golongan muda-mudi.

iii. Menyemai minat komuniti untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai pendapat meningkatkan ekonomi keluarga.

iv. Mempromosikan perniagaan atas talian kepada komuniti yang mula berjinak-jinak dunia perniagaan.

 

Aktiviti :

a. Pelajar membuat pelan perniagaan yang bakal mereka bangunkan dengan membuat lakaran di kertas secara berkumpul.

b. Pengetahuan pengurusan modal dan keluar-masuk kewangan perniagaan di rekod di dalam Microsoft Office Excel.

c. Promosi perniagaan dibuat oleh pelajar sendiri dengan cipta poster dan katalog produk sendiri.

d.Pelajar akan membangunkan kedai perniagaan mereka dengan menggunakan perisiaan Canva.

 

Gambar disini

 

 

 

 

Nama Aktiviti : Kelas e-tuisyen Sekolah Rendah 

Tarikh : 6-7 April Sabtu-Ahad

Masa : 12.00 tengah hari, 2.15 petang, 3.30 petang

Tempat : Ruangan Pengguna NADI

Kehadiran : 6 orang (Darjah 2, 3, 5, 6) 

Tujuan :

a) Membantu meningkatkan pemahaman murid dalam pelajaran di sekolah.

b) Mengisi masa lapang murid dengan pembelajaran secara atas talian.

c) Menjimatkan kos ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke bandaraya.

d) Menyediakan tempat yang selesa dan lengkap peralatan ICT dan talian jalur lebar yang stabil. 

 

Aktiviti :

i) Murid boleh berkomunikasi dengan cikgu atas talian mereka masing-masing.

ii) Latihan dan quiz disediakan kepada murid-murid untuk mengukur kefahaman murid.

iii) Membiasakan murid dengan soalan-soalan ujian yang semasa.

iv) Melatih murid menjawab soalan dengan kaedah yang betul dan tersusun.

 

Gambar disini

Nama Altiviti : Kelas AI (Kecerdasan Buatan) Untuk Rakyat    Lepasan Sekolah  

Tarikh : 8 April 2024, Isnin

Masa : 9.30 pagi, 2.30 petang

Tempat : Bilik Latihan

Kehadiran : 8 orang (6 perempuan, 2 lelaki) 

 

Tujuan :

i) Program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan'.

ii) Pemahaman asas AI, aplikasinya, dan mitos serta salah tanggapan tentang AI.

iii) Pengetahuan tentang domain utama AI - Computer Vision (Visi Komputer)Natural Language Processing (Pemprosesan Bahasa Semula Jadi) 

     dan Statistical Data (Data Statistik); kesannya terhadap pelbagai industri, AI Ethics (Etika AI) dan prinsip AI yang bertanggungjawab.

 

Aktiviti :

a) Mentakrifkan apa itu Artificial Intelligence.

b) Bercakap tentang Kecerdasan Manusia.

c) Membantu membezakan antara mesin AI dengan bukan AI, dan membongkar salah tanggapan popular mengenai teknologi.

d) Menghuraikan domain AI yang berbeza, kesannya terhadap pelbagai industri.

e) Menghuraikan tentang prinsip etika AI dan AI yang bertanggungjawab.

 

Gambar disini

 

 

Nama Aktiviti : Kelas Belajar Asas Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)

Tarikh : 1 April 2024, Isnin

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Latihan NADI

Kehadiran : 3 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) 

Tujuan :

a) Untuk menguasai asas ICT bagi urusan penyediaan dokumentasi, rekod dan pembentangan kertas kerja.

b) Belajar kemahiran menaip, mengira dan membuat slide menggunakan komputer.

c) Mengasah bakat mempelajari teknologi ICT bagi mendapatkan peluang-peluang pekerjaan.

d) Memberi peluang komuniti luar bandar mendapatkan pendidikan asas ICT dengan lebih mudah.

 

Aktiviti :

i) Module pembelajaran asas ICT disediakan oleh pihak NADI.

ii) Tiada bayaran yuran dikenakan kepada peserta program, hanya perlu mendaftar sebagai Ahli NADI.

iii) Peralatan komputer disediakan kepada komuniti satu-persatu oleh petugas NADI.

iv) Penggunaan bahasa Melayu dan English dibenarkan diajar kepada komuniti pada module yang berkaitan.

 

Gambar disini

 

Sub-kategori