Tarikh : 15 September 2020 Hari/Masa : Selasa / 2.30petang -4.30petang Peserta : 3 orang (Lepasan SPM & Tingkatan 3) Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan mempelajari asas komputer untuk kegunaan di masa depan mereka bila mereka telah menamatkan pengajian nanti. Selain itu, kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang digital semasa. Ini memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan sijil asas apabila mereka tamat kelak dan menggunakan kemahiran ini dalam bidang pekerjaan yang mereka pohon selepas tamat belajar.
Aktiviti :
Para peserta diberi taklimat dengan menggunakan modul "easy step intel" dalam buku bahasa Malaysia agar mudah difahami oleh mereka. Petugas akan menerangkan satu-persatu peralatan perkakasan dan perisian yang ada dalam set komputer di dalam bilik latihan yang telah disediakan oleh pihak SKMM (MCMC). Mereka juga berpeluang untuk bertanya kepada petugas sekiranya kurang faham dengan modul yang disampaikan.
Mencipta Katalog Perniagaan
Tarikh : 9 September 2020 Hari / Masa : Rabu/2.30 petang-4.30 petang Peserta : 3 orang (Lepasan SPM) Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan :
Memberi latihan kepada para peserta bagaiman untuk mencipta katalog perniagaan sendiri yang bakal akan di buka masa depan. Selain itu, mereka akan mempelajari untuk mencipta katalog yang ringkas dan padat mengenai produk yang mereka hasilkan sendiri. Dengan ini, mereka mudah untuk menambah dan menukar menu atau katalog mereka mengikut produk-produk baru yang di keluarkan oleh mereka sendiri.
Aktiviti :
Setiap peserta akan menggunakan set komputer masing-masing untuk mencipta bentuk dan saiz katalog yang hendak dihasilkan mengikut produk apa yang dikeluarkan. Setelah itu, imej dan gambar yang berkaitan dengan produk mereka akan diletakkan dalam katalog mereka dengan pemilihan warna-warna yang menarik hati pelanggan atau umum.
Tarikh : 4 September 2020 Hari/Masa : Jumaat / 2.30 petang Peserta : 8 orang (Pemenang) Kehadiran Jemputan VIP : 1 orang (Kapitan Pasar Tebedu) Tempat : Ruangan Kaunter Pusat Internet Tebedu |
Tujuan :
Majlis penyampaian hadiah-hadiah pemenang bagi peserta yang bertanding video ciptaan kreatif mereka sempena sambutan "Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63" dimana video yang mendapat banyak "like" di Facebook Pusat Internet Tebedu. Dimana sebanyak 12 slot video yang dihantar kepada pusat internet ini oleh para peserta tempatan yang berminat dalam aktitviti video ciptaan sendiri.
Aktiviti:
Para peserta membuat video mereka sendiri dengan bimbingan petugas dimana mereka meminta tunjuk-ajar bagaimana menghasilkan video yang menarik perhatian umum. Mereka telah menghasilkan video menggunakan bahan-bahan terbuang yang boleh digunakan semula untuk menghasilkan kraftangan yang unik
Asas Mencipta Logo Dan Label Perniagaan
Tarikh : 7 September 2020 Hari/Masa : Isnin / 2.30 petang - 4.30 petang Peserta : 3 orang (Lepasan SPM) Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan :
Memberi latihan kepada lepasan sekolah untuk memupuk minat mereka dalam bidang perniagaan bagi menghasilkan produk keluaran sendiri dan membantu perusahaan industri kecil di kampung-kampung mereka. Dengan ini mereka boleh mengendalikan sendiri perniagaan dalam mencipta logo dan label perniagaan tanpa bergantung kepada perkhidmatan di bandar.
Aktiviti :
Para peserta akan di berikan latihan untuk menbentuk dan mencipta logo dan label perniagaan mereka mengikut kreatif serta idea mereka bagi perniagaan yang bakal mereka ceburi di masa depan. Mereka belajar bagaimana untuk menggunakan applikasi Microsoft Office iaitu Word untuk menghasilkan logo dan label perniagaan mereka sendiri.
Tarikh : 30 Ogos 2020 Hari /Masa : Ahad / 9.30pagi - 1.00 tengah hari Peserta : 8 orang (Sekolah Rendah) Tempat Bilik Latihan |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah untuk mencipta poster kreatif mereka sendiri. Para peserta program berpeluang untuk belajar applikasi yang baru dan mengetahui bagaimana untuk mencipta poster yang menarik. Mereka belajar menggunakan applikasi Canva bagi reka bentuk poster yang berkaitan dengan peranan Pusat Internet kepada komuniti.
Aktiviti :
Para peserta diajar bagaimana untuk menggunakan applikasi Canva secara peringkat dari mula memilih reka bentuk, imej, warna dan susun atur objek yang berkaitan dengan tajuk poster. Selepas para peserta telah siap reka bentuk dan warna, mereka diajar untuk menyimpan poster mereka dalam fail secara talian dengan menggunakan email sendiri.