NAMA PROGRAM: KLIK DENGAN BIJAK DAN KELAS ASAS ICT TARIKH : 1 FEBRUARI 2020 MASA : 2.30 PM - 4.30 PM PESERTA : 1 ORANG (WANITA) |
Aktiviti:
Sesi penerangan mengenai baik-buruk teknologi ICT melalui slide KDB ditayang kepada peserta. Petugas memberi tunjuk-ajar penggunaan applikasi ICT kepada peserta dimana peserta di beri latihan bagaimana menggunakan applikasi di dalam komputer.
Tujuan:
Mendedahkan dan memberi pemahaman yang ringkas namun padat berkenaan dengan teknologi ICT semasa agar tiada berlakunya penyalahgunaan kemudahan ini. Selain itu, peserta berpeluang untuk mempelajari bagaimana menggunakan teknologi ICT untuk memudahkan urusan penyediaan dokumen.
NAMA PROGRAM : KLIK DENGAN BIJAK & KELAS TUISYEN SEKOLAH MENENGAH TARIKH : 24.01.2020, JUMAAT MASA : 10.30AM - 12.00 PM & 2.30PM-4.00PM PESERTA : 3 ORANG (TINGKATAN 2 & 3) |
Aktiviti :
Petugas memberi para pelajar masing-masing soalan untuk dibincang bersama di antara mereka. Petugas akan membantu bagaimana mencari penyelesaian yang mudah dan betul bagi mempastikan pelajar memahami apa yang mereka buat semasa dalam ujian yang bakal mereka tempuhi di masa depan.
Tujuan:
Melatih para pelajar agar membuat persediaan awal sebelum ujian diadakan d sekolah mereka. Selain itu memberi kemudahan untuk mereka lebih memahami setiap subjek yang dipelajari di sekolah dengan menjawap latihan yang terdapat di buku teks dan soalan-soalan yang di ambil secara online.
NAMA AKTIVITI : KELAS TUISYEN UPSR ( SUBJEK MATEMATIK) TARIKH : 19.01.2020, AHAD MASA : 2.00PM - 4.00PM PESERTA : 1 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH TAHUN 6) |
Aktiviti :
Pelajar diberikan latihan contoh subjek matematik dan soalan-soalan latihan dibincang bersama bagaimana formula untuk mendapat jawapan yang betul. Pelajar akan merujuk buku-buku teks sekolah untuk lebih memahami formula bagi menjawap soalan-soalan matematik tersebut. Petugas akan membantu pelajar bagaimana menjawap soalan tersebut mengikut formula yang selari dengan buku teks sekolah.
Tujuan :
Membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang baik dalam subjek-subjek yang penting apabila menjawap kertas-kertas ujian Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 6 nanti. Selain itu, memberi peluang pelajar memahirkan diri dengan kertas-kertas ujian UPSR semasa.
NAMA AKTIVITI : TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK & ONLINE UJIAN SPA TARIKH : 21.01.2020, SEKASA MASA : 9.30 AM - 12.00 PM PESERTA : 14 ORANG (BELIA & LEPASAN SPM) |
Aktiviti:
Petugas memberi taklimat berkenaan dengan kepentingan ICT kepada peserta terutama bila mereka mencari peluang-peluang pekerjaan semasa. Para peserta kemudian masing-masing melayari web Ujian SPA Online di komputer yang telah disediakan oleh petugas Pusat Internet Tebedu.
Tujuan:
Ini memberi kesedaran sivik kepada para belia agar jangan menyalahgunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Selain itu, peranan Pusat Internet adalah penting untuk kemudahan mereka apabila hendak mencari pekerjaan di media internet semasa.
PROGRAM : BENGKEL KELAS MODUL ASAS KEUSAHAWANAN TARIKH : 15.01.2020, RABU MASA : 2.00 PM - 4.30 PM PESERTA : 7 ORANG |
Aktiviti:
Para peserta diberi tunjuk-ajar menggunakan Modul Asas Keusahawanan Intel dengan memberi latihan membuat asas perancangan perniagaan dan menyediakan rangka keluar-masuk pengurusan kewangan perniagaan mereka secara teratur. Petugas akan mengarahkan peserta-peserta untuk menggunakan applikasi Microsoft Office untuk merekodkan kan pengurusan perniagaan mereka.
Tujuan:
Memberi bimbingan kepada para usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan produk buatan mereka sendiri agar belajar bagaimana untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Apabila mereka mahir dalam bidang ICT, ini memudahkan mereka mengurus perniagaan mereka secara sistematik dan mempromosikan perniagaan mereka di media sosial.