Nama Aktiviti : Kelas E-Tuisyen Sekolah Rendah Tarikh : 3-4 Februari 2024, 17-18 Februari 2024, 24-25 Februari 2024 Hari : Sabtu - Ahad Masa : 10.45 pagi, 12.00 tengah hari, 2.15 petang,3.30 petang, 4.45 petang Kehadiran : 8 orang (Tahun 2, 3, 4, 6) Nama Sekolah : SK Tebedu, SK Entubuh, SK Kujang Mawang |
Tujuan:
- Mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti ulang-kaji mata pelajaran yang didaftar bersama cikgu atas talian.
- Memahirkan diri dengan sukatan matapelajaran yang baru sebelum masuk sesi persekolahan yang baru.
- Mengelakkan murid-murid leka dengan permainan atas talian dengan menggunakan gajet ICT.
-Memnyuntik semangat rajin belajar dikalangan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam ujian dimasa depan.
Aktiviti :
- Setiap murid diberikan pautan kepada kelas masing-masing oleh petugas PEDi.
- Sepanjang sesi pembelajaran atas talian akan dipantau oleh petugas di PEDi sendiri.
- Membantu murid-murid yang lemah dalam matapelajaran tertentu dengan membuat latihan yang disediakan oleh cikgu.
- Quiz akan diberikan bila setiap mataplejaran telah selesai dilaksanakan oleh cikgu atas talian kepada murid-murid.
Nama Program : Kelas Asas Pau Dan Roti Kukus Bersama Cikgu Prisca Tarikh : 27 Januari 2024, Sabtu Masa : 10.00 pagi Tempat : Ruangan Pengguna PEDi Peserta : 7 orang (Usahawanita Daerah Tebedu) |
Tujuan :
- Belajar kemahiran baru dalam menghasilkan produk bakeri menggunakan pengkukusan.
- Berbagai jenis pau dan roti aneka bentuk dan rasa dihasilkan oleh peserta yang hadir.
- Menambah pendapatan komuniti melalui pengeluaran produk yang segar untuk dipasarkan.
- Mempelajari kemahiran teknik-teknik baru dalam menghasilkan produk sejuk-beku.
Aktiviti :
* Tenaga pengajar atau Cikgu yang bertauliah dijemput untuk mengajar peserta menghasilkan pau dan roti kukus yang berkualiti.
* Bahan-bahan disediakan oleh Cikgu untuk diproses bersama dengan peserta untuk tujuan demo.
* Aluan tepung yang telah siap akan dibentuk oleh peserta dibawah tunjuk-ajar Cikgu Prisca sendiri.
* Setelah siap dimasak dengan rata, produk pau dan roti akan diagih kepada peserta untuk dibawa pulang setelah tamat program.
Nama Program : Kelas Pengenalan Asas ICT dan Multimedia Tarikh : 9, 10,11, 12,,24 Januari 2024 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari Tempat : Bilik Latihan PEDi Peserta : 4 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) |
Tujuan :
- Memberi peluang kepada lepasan sekolah untuk memahirkan diri dalam bidang teknologi ICT.
- Mempelajari applikasi dan perisian ICT untuk memohon pekerjaan di pasaran semasa.
- Mengisi masa terluang lepasan sekolah dengan kemahiran ICT yang terbaru selain mendapatkan sijil kemahiran.
- Mengasah bakat baru dalam teknologi ICT dikalangan lepasan sekolah.
Aktiviti :
* Pembelajaran secara teori berdasarkan modul yang standard disediakan oleh PEDI .
* Setiap tugasan dan latihan yang diberikan mesti di siapkan oleh peserta sehingga selesai.
* Peserta boleh bertanya terus kepada petugas PEDi sekiranya tidak faham untuk membuat latihan atau menggunakan perisian di komputer masing-masing.
Nama Program : Sesi Sidang Video Guru-Guru Sekolah Rendah Tarikh : 11 Januari 2024, Khamis Masa : 9.00 pagi Tempat : Ruangan Pengguna PEDi Kehadiran : 4 orang (Sekolah Kebangsaan Temong, Gahat, Kujang Sain) |
Tujuan :
- Boleh mengikut sidang video bersama dengan Pejabat Pelajaran Daerah dengan jayanya.
- Mendapatkan litupan internet yang stabil tanpa ada gangguan.
- Boleh berkomunikasi secara atas talian dengan jelas dan lancar sepanjang sesi berjalan.
Aktiviti :
* Menggunakan komputer yang terdapat di PEDi yang lengkap dengan camera dan audio yang bagus.
* Kelengkapan yang sempurna dan selesa untuk para guru mengikuti sesi sehingga tamat.
* Para guru amat berpuas hati dengan kemudahan internet dan peralatan yang ada di PEDi.
Nama Aktiviti : Kelas Digital Learning E-Tuisyen Sekolah Rendah Tarikh : 6-7, 20-21 Januari 2024 (Sabtu dan Ahad) Masa : 10.45 pagi , 12.00 tengah, 2.15 petang Tempat : Ruangan Pengguna dan Bilik Latihan Peserta : 6 orang (Tahun 1, 2, 4 dan 6) |
Tujuan :
i. Mengisi masa lapang murid semasa hujung minggu dengan aktiviti ulang-kaji pelajaran secara atas talian.
ii. Membaiki mutu pemikiran murid dalam sesatu subjek yang dipelajari di sekolah secara bersemuka.
iii. Membantu murid untuk menguasai teknik bagi menjawab ujian minda dengan mudah.
iv. Mengurangkan permainan atas talian oleh murid bila masa di hujung minggu tanpa kawalan.
Aktiviti :
* Nota akan diberikan secara percuma kepada murid-murid semasa sesi pembelajaran dijalankan.
* Pautan kelas akan diurus oleh petugas PEDi untuk murid-murid mengikut kelas didaftar.
* Semasa kelas atas talian berlangsung, petugas PEDi akan memantau aktiviti murid-murid.
* Murid-murid akan berkomunikasi bersama dengan cikgu atas talian menerusi googlemeet.