Nama Aktiviti : Program Klik Dengan Bijak (Kebaikan dan keburukan Internet) serta Program Pentaksiran Kompentensi Dan Literasi  (PKL)Sekolah Rendah

Tarikh : 12,13,14,18 Disember 2023 (Selasa, Rabu, Khamis)

Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari

Penyertaan dari: Sekolah Kebangsaan Temong, Tebedu dan Sekolah Kebangsaan Kujang Sain, Tebedu

Tempat : Ruangan Pengguna dan Bilik Latihan PEDi

Kehadiran : 114 orang

Tujuan :

* Memberi peringatan kepada murid-murid supaya jangan menyalahgunakan talian internet sesuka hati dan mesti boleh mengawal diri bila melayari media sosial

* Menguji kecerdasan pemikiran murid-murid dalam menguasai matapelajaran yang mereka belajari di sekolah.

* Memastikan murid-murid dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan setiap subjek yang cikgu ajar di sekolah.

* Memberi motivasi kepada murid-murid oleh guru-guru yang bertanggungjawab mendidik murid mereka supaya berjaya.

 

Aktiviti:

- Taklimat Klik Dengan Bijak dilaksanakan secara spontan oleh petugas PEDi untuk pemahaman murid-murid.

- Setiap murid-murid disediakan set komputer untuk mereka menjawab soalan-soalan atas talian mengikut subjek tertentu.

- Petugas membantu murid-murid dalam cara menggunakan peralatan ICT yang terlibat.

- Murid-murid berpuas hati dengan kemudahan peralatan ICT yang lengkap dan sempurna di PEDi.

 

Gambar disini

 

Nama Program : Kelas e-Tuisyen Sekolah Rendah

Tarikh : 9-10 Disember 2023, 16-17 Disember 2023 (Sabtu - Ahad)

Masa : 12.00 tengah hari, 10.45 pagi, 2.15 petang

Tempat : Ruangan Pengguna PEDi

Kehadiran : 3 orang murid (Tahun 2, Tahun 4) 

Tujuan :

* Mengulang-kaji subjek yang lemah di sekolah untuk lebih faham dengan latihan yang diberikan oleh cikgu.

* Mengisi masa lapang cuti persekolahan murid-murid dengan menghadir kelas-kelas tuisyen atas talian.

* Memantu aktiviti serta pergerakkan anak-anak supaya tidak terjebak dalam masalah sosial yang negatif.

* Membantu ibubapa yang kurang berpendidikan untuk mendapatkan kelas tuisyen bagi anak-anak mereka.

 

Aktiviti :

- Murid yang mendaftar subjek tertentu akan diberikan pautan Google Meet oleh petugas PEDi.

- Petugas akan memnyediakan nota kepada murid-murid terlibat bila hadir ke kelas.

- Sesi pembelajaran kelas e-tuisyen akan dipantau oleh petugas PEDi dari semasa ke semasa.

 

Gambar disini

 

 

Nama Program : Kelas Asas Manik Aksesori Bidayuh Sarawak

Tarikh : 25 November 2023, Sabtu

Masa : 9.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Ruangan Pengguna PEDi

Kehadiran : 4 orang peserta (Wanita dan Belia) 

 

Tujuan :

i. Menambah kemahiran diri dalam membuat perhiasan berasaskan manik mengikut corak  kontemporari.

ii. Memupuk semangat untuk meningkatkan pengetahuan promosikan dan memasarkan produk buatan sendiri.

iii. Membangunkan perniagaan usaha sendiri dengan bantuan tenaga profesional yang telah mempunyai syarikat telah berdaftar.

Aktiviti :

a. Membuat Rantai 5 Lubang

b. Membuat Chocker 5 Lubang

c. Membuat Anting-Anting Paku

d. Membuat Gelang Tangan Spiral 

e. Membuat Gelang Kaki 5 Lubang

 

Gambar disini

 

Aktiviti : Promosi Pakej UNIFI TM Techology Service Sdn Bhd

Tarikh : 4 Disember 2023, Isnin

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Ruangan Pengguna PEDi

Kehadiran : 1 orang (Guru Sekolah Kebangsaan Sungan, Tebedu) 

 

Tujuan :

i. Menggunakan perkhidmatan wifi PEDi untuk mengisi borang bantuan sekolah bagi murid-murid yang layak.

ii. Melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapat informasi semasa berkenaan dengan sekolah.

iii. Membuat semakan nama-nama murid yang telah layak mendapat bantuan kewangan dari pihak sekolah.

 

Aktiviti :

* Menyambung talia wifi PEDi untuk membuka web Kementerian Pendidikan Malaysia.

* Mengisi nama-nama murid yang layak ke dalam borang atas talian.

* Menghantar senarai nama murid ke pihak kementerian bagi sekolah yang berkenaan.

 

Gambar disini

Nama Aktiviti : Sesi Pendaftaran Pelajar Ke Tingkatan Satu Sesi 2024 Oleh Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Temong, Tebedu

Tarikh : 20 November 2023, Isnin

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Latihan PEDi

Kehadiran : 25 orang (Ibubapa Pelajar) 

Tujuan :

i. Mendaftar murid-murid Tahun 6 untuk kemasukan ke tingkatan satu pada tahun depan iaitu tahun 2024 secara atas talian melalui pautan laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii. Memudahkan kelulusan semakan untuk pelajar-pelajar yang telah mendaftar sebelum ini oleh pihak sekolah.

iii. Segala data murid dan ibubapa dilengkapkan dalam borang atas talian untuk memudahkan guru-guru memantau pendaftaran murid-murid mereka.

iv. Mengelakkan keciciran nama-nama pelajar yang sepatuhnya memasuki tingkatan satu pada tahun depan.

 

Aktiviti :

a. Ibubapa diberikan setiap set komputer untuk mendaftar anak masing-masing dengan bantuan guru-guru kelas pelajar.

b. Guru akan memastikan ibubapa telah mengisi semua data mereka dalam sistem yang telag ditetapkan oleh kementerian.

c. Ibubapa boleh membuat semakan secara atas talian apabila mereka telah mendapat ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum oleh pihak sekolah.

 

Gambar disini

Sub-kategori