Nama Program : Kelas e-Tuisyen Sekolah Rendah

Tarikh : 6-7 Mei 2023, Sabtu-Ahad

Masa : 10.45 pagi, 2.15 petang dan 3.30 petang

Tempat : Rungan Pengguna PEDi

Peserta : 6 orang

 

Tujuan:

a) Menyediakan kelas tambahan mengikut subjek yang didaftar untuk meningkatkan pemahaman murid sekolah.

b) Memberi kemudahan kepada ibubapa menghantar anak-anak mereka di PEDi yang berdekatan.

c) Menjimatkan kos dan masa keluarga murid untuk mereka mendaftar ke kelas-kelas e-tuisyen ini.

d) Mendapat kemudahan ICT yang lengkap untuk murid-murid belajar di atas talian.

 

Aktiviti: 

i) Petugas menyediakan jadual kelas e-tuisyen kepada murid-murid sehari sebelum kelas bermula.

ii) Setiap murid diberikan penggunaan komputer PEDi masing-masing  secara percuma.

iii) Nota akan diberikan oleh petugas kepada murid-murid tanpa bayaran dikenakan.

iv) Murid-murid boleh bertanya kepada cikgu yang mengajar secara atas talian jika tidak faham apa yang diajar.

 

Gambar disini

 

 

Nama Program : Kelas Asas Keusahawanan Lepasan Sijil Pelajaran 

Tarikh : 2, 3, 4 Mei 2023, Selasa, Rabu dan Khamis

Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Latihan

Peserta : 4 orang   

 

Tujuan :

a) Melatih komuniti terutama remaja mahir dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan diperingkat awal.

b) Menjadikan perniagaan salah satu pendapatan bulanan untuk meningkatkan sosio-ekonomi komuniti setempat.

c) Menyediakan pembelajaran bidang keusahawanan yang asas serta mudah diamalkan oleh komuniti.

d) Membantu usahawan-usahawan tempatan untuk meningkatkan pemasaran secara atas talian.

 

Aktiviti : 

i) Teori asas perniagaan akan diterangkan oleh petugas PEDi kepada komuniti dengan mengguna bahasa yang mudah difahami iaitu Bahasa Melayu.

ii) Latihan adalah berdasarkan dalam modul yang disediakan oleh pihak PEDi kepada komuniti

iii) Komuniti akan belajar menggunakan perisian-perisian yang biasa digunakan dalam bidang perniagaan iaitu Microsoft Office dan Canva.

iv) Ujian penilaian akan diadakan apabila komuniti tamat sesi modul pembelajaran dari petugas PEDi.

 

Gambar disini

Nama Program : Advokasi Klik Dengan Bijak : Berita Palsu Dan Penipuan Atas Talian

Tarikh : 3, 4 dan 5 April 2023, Isnin, Selasa dan Rabu

Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Latihan PEDI

Kehadiran : 1 orang (perempuan Lepsan SPM)

 

Tujuan:

~ Memberi pengingatan kepada komuniti agar lebih berhati-hati bila melayari media sosial semasa.

~ Mendedahkan jenayah siber yang kini telah berleluasa dikalangan komuniti.

~ Memantau ahli-ahli keluarga kita supaya tidak terjerat oleh penyamun-penyamun.

 

Aktiviti :

 - Tayangan video kisah-kisah benar lakonan semula untuk menyedarkan komuniti.

- Taklimat pencegahan penipuan atas talian yang menawarkan berbagai lumayah.

-  Menjadi kisah-kisah video sebagai panduan komuniti untuk mengenalpasti mereka sebagai penyamun siber.

 

Gambar disini

Nama Program : Kelas Asas ICT dan Multimedia 

Tarikh : 4 - 5 April 2023, Selasa - Rabu

Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Latihan

Kehadiran : 1 orang ( Lepasan SPM) 

Tujuan :

i. Melatih komuniti supaya mahir menggunakan teknologi ICT dalam kehidupan harian mereka.

ii. Memberi peluang komuniti mendapatkan kursus-kursus asas untuk mencari peluang pekerjaan.

iii. Mengisi masa lapang belia dengan aktiviti yang berfaedah untuk menambah ilmu pengetahuan mereka.

iv. Menyediakan asas kepada komuniti untuk menjana serta meningkat sosial-ekonomi di masa depan.  

 

Aktiviti : 

a. Petugas memberi penerangan berkaitan dengan teknologi ICT yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

b. Latihan akan diberikan kepada peserta agar mereka mengetahui bagaimana menggunakan peralatan ICT.

c. Belajar mengenai perkakasan dan perisian semasa agar komuniti boleh mengendalikan teknologi.

d. Sesi soal-jawab diantara petugas serta komuniti dalam kelas atau benhkel.

 

Gambar disini

Program Keusahawanan : Bengkel Membuat Kek Lapis Bajet

Tarikh : 18 Mac 2023, Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Ruangan Pengguna PEDi Tebedu

Kehadiran : 20 orang 

Tujuan :

# Melatih komuniti untuk memahirkan diri dalam bidang perniagaan sendiri.

# Memberi peluang komuniti mengasah kemahiran diri untuk memajukan perniagaan.

# Mempromosikan produk-produk usahawan tempatan kepada komuniti.

#Menyediakan pelan perniagaan yang sistematik.

 

Aktiviti :

- Peserta di ajar untuk membuat aduan kek sendiri dengan diberi bahan-bahan oleh tenaga pengajar.

- Ada 3 kumpulan akan membuat kek yang berlainan rasanya.

- setiap kumpulan akan melapis kek mereka sehingga habis dan boleh dimakan.

- setelah kek-kek habis dibakar dan dibiarkan sejuk serta dipotong.

 

Gambar disini

 

Sub-kategori