KLINIK-KESIHATAN-TEBEDU

Foto 1: Jalan simpang masuk ke Klinik Kesihatan Tebedu

 

Penduduk Daerah Tebedu ini bergantung kepada 2 buah Klinik Kesihatan iaitu terletak di Jalan Pasar Tebedu dan di Kampung Pengkalan Amo. Rata-rata penduduk yang mempunyai penyakit yang agak ringan, ramai bertumpu ke Klinik Kesihatan Tebedu dimana ianya ditadbir oleh seorang pegawai perubatan serta jururawat yang terlatih. Bagi kes-kes yang berat seperti sakit jantung, bersalin, strok, kencing manis akan dirujuk kepada Hospital Daerah Serian yang terletak di Bandar Serian. Lokasi Klinik Kesihatan Tebedu ini terletak di atas bukit dimana terdapat beberapa bangunan berasaskan kayu dibina untuk menempatkan bahagian perubatan serta kuartes kediaman para petugas.