Nama Usahawan: Encik Francis John Mutu (Pengerusi Projek Ikan Tagang) & AJK Pengurusan

Umur : 50 tahun

Bangsa: Bidayuh

Produk: Ternakan Ikan Tagang/Semah/Kelah/Tor

Alamat: Kampung Terbat, Jalan Terbat/Mongkos, 94750 Tebakang, Sarawak

Latar Belakang Projek;

Satu program perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai yang berpusat di Sungai Kampung Terbat. Ditadbir urus oleh AJK Projek Ikan Tagang Kampung Terbat di bawah nanungan Jabatan Pertanian Sarawak iaitu Pejabat Pertanian Daerah Serian. Projek printis ini mula ditubuhkan pada tahun 2006 dengan disertai oleh penduduk tempatan dari Kampung Terbat.

Objektif Sistem Tagang;

  • Melindungi dan memulihara alam sekitar sungai termasuk ekosistem, habitat ikan dan perairan sungai supaya tidak tercemar.
  • Melindungi dan memuliharakan sumber perikanan sungai yang hampir pupus.
  • Meningkatkan pengeluaran ikan sungai.
  • Menjana pendapatan baru kepada peserta projek.

Impak Semasa;

  • Alam sekitar sungai berjaya dipulihkan.
  • Sumber perikanan sungai yang hampir pupus dapat dipulihara dan dikekalkan.
  • Pengeluaran dan pendaratan pelbagai jenis ikan sungai tempatan semakin bertambah.
  • Meningkatkan pendapatan peserta dan komuniti setempat.

Definisi Sistem Tagang;

Merupakan satu sistem perkongsian pintar diantara masyarakat dengan pihak kerajaan (Jabatan Pertanian) dalam hal perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai dimana:-

1.Tagang bermaksud larangan menangkap ikan dalam sungai yang telah ditetapkan oleh AJK Tagang.

2. Sistem tradisi pengurusan sumber perikanan diamalkan oleh kaum Kadazan di Sabah sebelum ini.

3. Dalam sistem ini, komuniti menubuhkan jawatankuasa tagang bagi menggubal dan menguatkuasa peraturan.

4. Pihak Jabatan Pertanian berperanan sebagai penasihat kepada AJK Projek Tagang.