NAMA : KHAIRUL BIN ABDULLAH UMUR : 9 TAHUN AHLI : 2018 PEKERJAAN : MURID TAHUN 3 SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONG |
Latar belakang
Adik Khairul merupakan murid Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Temong yang aktif bermain basikal dan badminton apabila balik dari sekolah. Adik Khairul juga meminati sukan bola sepak dan aktif bermain bola sepak di sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Khairul tidak pernah memegang tetikus dan menggunakan komputer disebabkan di rumah keluarganya tiada peralatan ICT iaitu set komputer. Dia banyak menghabiskan masa bermain basikal, bola sepak dan badminton bersama kawan-kawan di kampung. Dia tidak mengenal apa itu komputer dan kegunaan peralatan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Atas minat ingin belajar komputer, ibubapa adik Khairul mendaftar dia sebagai ahli di Pusat Internet Tebedu. Dia gembira dapat berpeluang untuk belajar bagaimana menggunakan komputer dengan betul. Setelah itu, adik Khairul boleh menaip, mewarna dan melayari internet dengan sendiri tanpa bimbingan petugas.
Selepas mengikuti kursus yang dianjurkan di PI Tebedu
- Boleh menggunakan komputer dengan sendirinya
- Mahir menggunakan internet dengan carian google
- Boleh menggunakan perisian Paint untuk melukis
- Boleh mencari buku cerita atas talian