NAMA : NUR SHEILA BINTI ABDULLAH UMUR : 24 TAHUN AHLI : 2020 PEKERJAAN : SURI RUMAH DAN JAHITAN HIASAN |
Latar belakang
Nur Sheila seorang yang berminat untuk mempelajari bidang-bidang baru untuk menambah pengetahuan dan kemahiran beliau. Beliau adalah seorang suri rumah yang meminati bidang jahitan pakaian dan kraftangan tempatan. Masa lapangnya banyak dihabiskan untuk menghasilkan reka bentuk dan gaya jahitan yang hendak dihasilkan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Nur Sheila hanya menjual produk beliau secara manual dimana bila pelanggan menempah jahitan pakaian dan jahitan kraftangan melalui panggilan telefon sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Semangat belajar kemahiran baru yang ada, telah mendorong Puan Nur Sheila mendaftar mengikuti bengkel keusahawanan secara atas talian/ online. Beliau berhasrat untuk memasarkan produk jahitan dan kraftangan ke peringkat lebih luas di dalam dan luar negeri.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Whatssap dan Face Book .
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk dan pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui applikasi Wahatssap dan Face Book beliau sendiri.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau sebagai usahawanita yang berjaya.
- Membimbing beliau untuk mendaftar diri dalam perjualan produk sendiri di platform atas talian tanpa menggunakan khidmat orang tengah.