leony 1

 

NAMA : PUAN LEONY ANAK KUWAK 

UMUR : 49 TAHUN

AHLI : 2016

PEKERJAAN : GURU DAN KRAFTANGAN TRADISIONAL BIDAYUH  

 

Latar belakang

Puan Leony merupakan seorang yang amat berminat dengan bidang perniagaan. Sebelum ini, beliau telah pun dipilih untuk Kisah Kejayaan bagi PIK Tebedu pada tahun 2017. Tetapi beliau tidak lama menjalan perniagaan cendawan tiram beliau disebabkan atas kekangan yang tertentu. Kemudian, beliau beralih kepada pembuatan kraftangan Sarawak memandangkan beliau memang berminat menghasilkan kraftangan serta mempunyai kemahiran. Oleh itu, beliau menjadikan bakat serta kemahiran untuk membantu beliau di dalam bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Leony amat berminat berniaga tetapi beliau masih belum kekurangan dari segi kemahiran ICT, kemahiran berniaga dan beberapa kemahiran seperti suntingan gambar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama 3 tahun penglibatan dengan PIK, kini beliau menjadi salah seorang daripada pembekal kraftangan Sarawak kepada salah satu agensi pelancongan di Singapura iaitu Sarawak Tourism.

Apa yang dipelajari melalui PI

     -       Membuat invois, delivery order dan pelbagai lagi.

-       Mengikuti kursus penyuntingan gambar produk untuk tujuan promosi.

-       Mengikuti kursus pembuatan kraftangan manik Sarawak.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

     -       Petugas membantu serta membimbing bagaimana menyediakan invois jualan dan delivery notes.

-       Petugas sentiasa memaklumkan kursus-kursus yang boleh meningkat kemahiran berniaga kepada beliau.

-       Petugas menganjurkan kursus pembuatan kraftangan manik corak Sarawak di PIK.

     -       Petugas membantu serta membimbing cara-cara penggunaan aplikasi “Video Conference” seperti Google Meet

              dan Zoom, di mana memudahkan beliau bersemuka secara maya dengan pelanggan dan pelanggan/klien.

 

 leony 2leony 3