Anita 4

 

NAMA : ANITA BINTI FAUZI 

UMUR: 34 TAHUN

AHLI : 2019

PEKERJAAN : SURI RUMAH DAN PETANI 

Latar belakang

Puan Anita adalah seorang surirumah sepenuh masa sebelum ini. Beliau meminati bidang pertanian dengan menanam sayur-sayuran, ubi kayu, pisang, padi dan lada hitam di kebun. Masa lapang beliau suka memasak kerepek pisang dan ubi untuk makanan beliau sekeluarga sahaja.

Atas permintaan penduduk kampung, beliau mula menceburi bidang pembuatan kerepek pisang dan ubi secara komersial untuk dihantar ke kedai-kedai di sekitar Kampung Insan Jaya, Temong Bengan dan Temong Putah. Beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum mengikuti asas perniagaan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti, beliau hanya memperolehi pendapatan sekitar RM 150 .00 hingga RM 200.00 sahaja untuk 1 bulan. Pasaran kerepek beliau hanya sekitar Kampung Insan Jaya, Bengan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mengikuti kursus keusahawanan oleh pihak Pusat Internet Komuniti Tebedu, beliau bersemangat untuk memasarkan produk melalui applikasi atas talian. Atas latihan dan bengkel yang dihadiri di Pusat Internet Komuniti, kini beliau telah mendaftar akaun Facebook dan Shoppee. Ketika ini tempahan banyak melalui applikasi facebook dan whatssap apabila pelanggan tempatan disini melihat produk buatan sendiri. Pendapatan beliau kini bertambah dan meningkat terutama bila musim perayaan anggaran mencecah RM 400.00 hingga RM500.00 untuk 1 bulan.

Apa yang dipelajari melalui PIK

     -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook dan Whatssap

-       Mempelajari Ms. Office (Excel) bagi merekod dan memudahkan pengiraan stok produk dan pengiraan untung/rugi hasil jualan produk.

-       Mempelajari cara mengambil order melalui Facebook, Whatssap dan Web Shoppe

-       Mempelajari untuk muat-turun gambar ke Facebook, Whatssap dan web Shoppee. 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PIK membantu mempromosikan produk pelbagai kerepek buatan beliau.

-       Memberi kelas tambahan dan bengkel keusahawanan dari semasa.

-       Memberi bimbingan untuk beliau menghasilkan video pembuatan kerepek beliau untuk di upload.

-       Membantu beliau untuk mempelajari teknik-teknik pemasaran dalam talian.

 

 

Anita 1 Anita 3