DALIN-1

 

NAMA: Dalline Rachel Anak Peter

UMUR: 37 tahun

AHLI: 2012

PEKERJAAN: Petugas Pos Malaysia Cawangan Serian

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Dalin merupakan seorang usahawan separuh masa dimana beliau juga seorang wanita yang bekerja. Beliau kini sedang giat menjalankan perniagaan keluarga beliau iaitu penghasilan madu daripada tebu. Produk yang dihasilkan adalah asli iaitu tanpa bahan pengawet. Selain itu, beliau juga merupakan seorang dropship menjual susu kolestrum iaitu Susu C2Joy. Beliau juga pernah mendaftar sebagai ahli E-Rezeki di PIK Tebedu bersama suami beliau. Beliau mengambil peluang dengan memanfaatkan kelebihan PIK dalam membantu beliau menjalankan perniagaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau hanya bergantung dengan pendapatan utama beliau iaitu daripada pekerjaan hakiki beliau dimana ianya tidak cukup terutama jika berlaku hal-hal kecemasan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau bersama suami mengikuti program E-Rezeki di PIK Tebedu. Melalui program tersebut beliau membuat pekerjaan sampingan. Pekerjaan yang dilakukan adalah berkaitan dengan perniagaan iaitu menjadi droship bagi sesuatu produk. Melalui program tersebut beliau mendapat idea untuk menjalankan perniagaan. Pendapatan sampingan beliau sekarang kadang-kadang mencecah RM500- RM800.

Apa yang dipelajari melalui PIK

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB.

-       Mengikuti Program E-Rezeki.

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PIK menyediakan platform untuk mempromosikan perniagaan.

-       Menyediakan program-program untuk meningkatkan ilmu keusahawanan.

-       PIK membantu mempromosikan video penghasilan madu tebu asli.

 

DALIN-2  DALIN-5