Noraini 3

 

NAMA : NORAINIH BINTI OSMAN 

UMUR : 47 TAHUN

AHLI : 23.4.2017

PEKERJAAN : SURI RUMAH DAN TAILOR JAHITAN PAKAIAN-LANGSIR 

 

Latar belakang

Hanya seorang suri rumah yang meminati bidang jahitan pakaian dan langsir tingkap untuk diri sendiri pada peringkat permulaannya di rumah. Mempunyai suami yang sentiasa mendorong minat beliau dalam bidang jahitan. Suami beliau adalah pesara tentera yang kini membantu beliau serba sikit untuk membeli bahan-bahan jahitan beliau di bandar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu bagaimana menggunakan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint untuk membantu beliau merekod kewangan perniagaan jahitan. Beliau hanya menggunakan buku untuk merekod segala perbelanjaan dan hasil jualan produk jahitan beliau dengan menulis sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Tebedu, beliau mengikut kelas asas ICT yang dianjurkan oleh petugas. Kini beliau mahir menggunakan Microsoft Office untuk urusan persatuan dan merekodkan hasil jualan produk jahitan pakaian dan langsir yang ditempah oleh pelanggan

Apa yang dipelajari melalui PI

      -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Whatssap dan Face Book .

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk dan  pengiraan untung/ rugi

-       Mempelajari cara mengambil order melalui applikasi Wahatssap dan Face Book beliau sendiri.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       -       PI membantu mempromosikan produk jahitan pakaian dan langsir.

-       Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau sebagai usahawanita yang Berjaya.

Membimbing beliau untuk mendaftar diri dalam perjualan produk sendiri di platform atas talian tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

 

                               Noraini 1  Noraini 2  

   

NAMA : NUR ZAHARA BINTI ZAMBRI 

UMUR : 7 TAHUN 

AHLI : 26.8.2017

PEKERJAAN : MURID TAHUN SATU SEKOLAH KEBANGSAAN TEBEDU 

  

Latar belakang

Adik Nur Zahara adalah anak sulung pasangan Zambri Ale dan Nurul Shamira Abdullah merupakan pelajar Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Tebedu. Berasal dari keluarga yang berpendidikan menengah mendorong ibubapanya menghantar adik Nur Zahara mengikut kelas komputer pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) serta cuti persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Nur Zahara tidak pandai menggunakan komputer seperti kekok memegang tetikus dan papan kekunci komputer. Malahan adik Nur Zahara tidak tahu apa itu internet sebelum ini dan tidak tahu bagaimana cara untuk melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah adik Nur Zahara mendaftar mengikut kelas asas IC untuk kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah, barulah dia faham apa itu komputer dan kegunaannya.

Dia rajin mengikut kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Tebedu. Apabila adanya program-program untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah, adik Nur Zahara akan turut menjadi peserta seperti Hari Bersama Komuniti, Hari sihat Komuniti, Dashboard Komuniti dan lain-lain.

Selepas mengikuti kursus yang dianjurkan di PI Tebedu,

Sekarang adik Nur Zahara boleh menggunakan komputer tanpa bantuan dari petugas apabila dia hendak mewarna, melukis, menaip dan melayari internet. Kini dia mengetahui faedah menggunakan computer dan menggunakan talian internet untuk menyaksikan applikasi Youtube.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Belajar menggunakan komputer dan peralatannya.

-       Belajar melukis secara atas talian/online

-       Belajar mewarna gambar atas talian

-       Belajar mengenal talian internet.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

      -       Adik Nur Zahara boleh menggunakan komputer tanpa teragak-agak untuk memegang tetikus dan papan kekunci.

-       Dia boleh menaip, melukis dan mewarna atas talian setelah di ajar oleh petugas.

-       Kini dia boleh melayari internet apabila mencari applikasi youtube lagu-lagu kanak-kanak Bahasa English dan cerita kartun kesukaannya.

  

Usahawanita Gerai Makanan & Minuman

NAMA: MARY ANAK ASUN

UMUR: 54 TAHUN

AHLI: 2019

PEKERJAAN: MENGURUS GERAI MAKANAN & MINUMAN

  

 3-2020

Latar belakang

Puan Mary adalah merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan gerai makanan dan minuman dengan dibantu oleh suami beliau, Encik Din Hamdan. Minat yang mendalam di bidang masakan mendorong beliau untuk mengusahakan gerai makanan dan minuman tersebut di Pasar Lama Tebedu. Gerai tersebut di sewa dari pihak Majlis Daerah Serian.

Beliau telah menjalankan perniagaan di gerai tersebut lebih 15 tahun sejak dari zaman muda beliau lagi. Ini lah satu-satunya pendapatan untuk menyara hidup beliau selama ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau tidak tahu menggunakan komputer untuk mencarii maklumat am berkenaan dengan bantuan perniagaan dan menu-menu baru untuk gerai beliau. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 100 sehingga RM 150 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kursus perniagaan yang dianjurkan bersama Pusat Internet Tebedu dan Islam Relief Malaysia, beliau mempelajari asas ICT dan kursus usahawaniaga. Kini beliau mulai mengetahui cara-cara untuk menaip menggunakan Mircosoft Office untuk memajukan perniagaan beliau.

Dengan kemahiran yang beliau perolehi dari Pusat Internet ini, beliau telah membuat menu-menu baru di gerai beliau. Malah kini beliau boleh membuat kertas kerja perniagaan beliau sendiri untuk memohon bantuan dana peralatan untuk gerai beliau sendiri. Kini pendapatan beliau meningkat kepada RM 300 – RM 500 sebulan.
 
 

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Kursus Keusahawanan.

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, mecipta poster dan slaid pembentangan

-       Mempelajari membuat poster menggunakan aplikasi Canva dan mengedit gambar menggunakan aplikasi Photo Pad.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI membantu mempromosikan perniagaan melalui video YouTube.

-       Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau.

 

 

2-2020   

                                                                                                                                          4-2020

NAMA : PUTRI QURRATU AINI BINTI MOHAMED

UMUR : 12 TAHUN

AHLI : 16 JANUARI 2012

PEKERJAAN : MURID TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN TEBEDU  

Latar belakang

Adik Putri Qurratu Aini adalah pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tebedu yang bakal akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2020 ini. Beliau berhasrat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan itu nanti. Oleh itu, beliau mengikuti kelas-kelas tuisyen mingguan.

Ibunya seorang pengusaha dan penjual makanan siap bermasak serta kuih-muih di perbatasan Tebedu-Entikong. Bila hujung minggu, beliau akan membantu ibunya menjual makanan dan kuih-muih di gerai. Manakala bapanya adalah seorang pesara yang lumpuh kakinya disebabkan penyakit angina ahmar.

Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya bila dewasa kelak. Ini akan membantu kedua ibubapanya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tahap pembelajaran Adik Putri Qurratu Aini terbatas dimana beliau hanya belajar berpandukan hanya buku teks dan cikgu di sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bila beliau mendaftar mengikuti kelas bimbingan UPSR pada tahun ini, semangat dan minat untuk belajar agar berjaya dalam ujian bertambah. Dimana beliau mudah untuk mendapat latihan contoh-contoh ujian tahun lepas serta nota tambah melalui online.

Selepas mengikuti kursus yang dianjurkan di PI Tebedu

Beliau mahir menggunakan web e-pembelajaran dan cikgu.net untuk membuat ulangkaji serta latihan tambahan dari laman web berkenaan dengan matapelajaran tahun 6 di atas talian.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari teknik pembelajaran secara online.

-       Mempelajari bagaimana mencari soalan-soalan online UPSR untuk latihan.

-       Mempelajari asas menggunakan internet.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       Memberi kelas bimbingan bagi membantu dan meningkatkan lagi taraf pendidikan beliau.

  

Usahawan Agro Pertanian

NAMA: JEFFWINCOT ANAK JACKIE

UMUR: 18 TAHUN

AHLI: 16.06.2011

PENDIDIKAN: LEPASAN SPM

SEKOLAH: SMK TEBEDU

 

 

Latar Belakang

Adik Jeffwincott adalah seorang lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu yang berasal daripada keluarga petani. Selepas

tamat tingkatan 5, beliau bersama dengan ibunya mengusahakan kebun sayur-sayuran untuk sendiri dan dijual kepada masyarakat umum.

Beliau memang meminati alam pertanian sejak dari kecil lagi dimana selalu mengikut ibunya ke kebun pisang dan huma padi milik keluarga

beliau di Kampung Temong Bengan ini. Beliau seorang yang rajin serta tidak mahu membuang masa begitu sahaja sementara menunggu

keputusan peperiksaan SPM.

Selain itu, beliau amat meminat bidang muzik semasa di peringkat sekolah menengah (SMK Tebedu). Beliau aktif dalam Kelab Muzik SMK

Tebedu dimana sering dijemput oleh pihak sekolah untuk mengadakan persembahan muzik di dewan sekolah dan peringkat kampung beliau.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Adik Jeffwincott tidak mahir menggunakan komputer dan banyak bergantung dengan bahan-bahan bacaan di perpustakaan sekolah sahaja.

Selepas tamat tingkatan 5 di SMK Tebedu, adik Jeffwincott bersama dengan ibunya menguasahakan penanaman sayur-sayuran. Pendapatan

bulanan beliau hanya sekitar RM50.00 – RM80.00 sahaja sebulan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pendapatan bulanan jualan sayur-sayuran beliau meningkat dari RM 100.00 sehingga RM 200.00 bergantung kepada musim tuaian sayur.

Beliau turut juga mempromosikan jualan sayuran melalui applikasi whatssap.

 

Apa yang Dipelajari melalui PI

-   Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Whatssap dan FaceBook .

-   Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

-   Mempelajari cara mengambil order melalui applikasi Wahatssap dan Face Book beliau sendiri.

 

Bagaimana PI Membantu Perkembangan Perniagaan/ Peningkatan Tahap Kemahiran ICT

      - PI membantu mempromosikan produk sayuran.

      - Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau.

 

3-2020  4-2020