BENGKEL ONLINE E-KERAJAAN

NAMA : JOSHUA TOMMY

UMUR : 47 TAHUN

AHLI : 2017

PEKERJAAN : PETANI & PESARA TENTERA       

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH

Latar belakang

Encik Joshua kini bekerja di kampung sahaja selepas menamatkan perkhidmatan beliau sebagai tentera. Oleh kerana beliau masih mempunyai kudrat yang masih kuat, beliau ingin mencari pekerjaan sambilan untuk mengisi masa lapang. Tetapi, memandangkan permohonan pekerjaan kini menggunakan sistem atas talian, maka beliau menggunakan khidmat PI untuk membantu beliau memohon pekerjaan. Beliau meminta bantuan petugas PI untuk membantu beliau memasuki sistem pekerjaan tersebut.

Petugas membantu beliau mencipta email, sarawak id, permohonan pekerjaan serta membuat akaun pekerjaan beliau sendiri. Seterusnya, beliau juga diajar bagaimana untuk menyediakan resume yang betul memandangkan permohonan tersebut meminta dokumen resume.

Kini, untuk permohonan seterusnya, beliau sendiri akan memasuki akaun pekerjaan beliau tersebut dan mengemaskinikan akaun permohonan pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI, beliau meminta bantuan saudara untuk memohon pekerjaan bagi pihak beliau. Kemudian, beliau membuat inisiatif sendiri dengan berkunjung ke PI untuk mempelajari asas menggunakan internet dan asas ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau mampu mengendalikan pelayaran internet itu sendiri. Malah, beliau juga pandai membuat permohonan pekerjaan sendiri tanpa bantuan petugas PI.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari asas menggunakan internet.

-       Mempelajari asas Microsoft Word.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       Petugas PI memberi bimbingan sepanjang sesi pembelajaran

-       PI memberi peluang kepada beliau untuk mempelajari asas menggunakan komputer.

USAHAWAN BUGER SRI ALKIAH

NAMA : AIDIL IZZAMIR B MOHD MORTAZA

UMUR : 16 TAHUN

AHLI : 30.9.2014

PEKERJAAN : MEMBUAT & MENJUAL BUGER   

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH (TINGKATAN 4)

Latar belakang

          Adik Aidil masih lagi bergelar seorang pelajar tetapi mula menunjukkan minat di dalam dunia perniagaan. Minat ini diasah lagi oleh ibu beliau. Ini kerana ibu beliau ingin anak-anak beliau belajar erti berdikari. Setiap perniagaan akan ada pasang surutnya dan begitu juga dengan adik Aidil. Pada mulanya, kekurangan pelanggan menyebabkan beliau hampir putus asa, tetapi berkat kesabaran kini pelanggan beliau semakin bertambah terutama pada hujung minggu. Faktor ini mungkin disebabkan kurangnya promosi akan perniagaan beliau. Petugas PI Tebedu mencadangkan bahawa, perniagaan ini harus di promosi di media sosial. Ini membantu beliau meluaskan lagi rangkaian pelanggan beliau. Beliau biasanya membuka gerai tersebut selepas waktu persekolahan dan dibantu oleh abang beliau sehingga pukul 6 petang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau hanya sekitar RM100 – RM150 sebulan..

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengaan aktiviti di PI Tebedu, perniagaan adik Aidil kini dikenali ramai. Kini pendapatan beliau meningkat ke RM 150- RM 250 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan laman web.

-       Mengikuti kursus asas ICT & Multimedia dan juga asas Keusahawanan.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan

 

KELAS & BENGKEL ASAS ICT

NAMA : DALIN ANAK PETER     

UMUR : 35 TAHUN

AHLI : 2012

PEKERJAAN : KERANI POS MALAYSIA    

PENDIDIKAN : STPM

 

Latar belakang

       Puan Dalin merupakan pengerusi bagi Persatuan Wanita di Kampung Temong Bengan. Beliau sering mengunjungi PI Tebedu untuk urusan menulis surat serta apa-apa dokumen yang melibatkan persatuan beliau. Beliau meminta petugas PI menaip surat tersebut berdasarkan draf yang diberi.

Untuk kunjungan seterusnya, petugas meminta beliau sendiri menaip surat tersebut dengan bimbingan petugas. Bermula dari itu, beliau berminat untuk mengikuti kursus ICT di PI Tebedu.

Malah, beliau juga aktif mengikuti kursus keusahawanan yang dianjurkan di PI Tebedu seperti Program E-Rezeki dan juga bengkel bersama keusahawan tempatan.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Puan Dalin masih kekok menggunakan komputer dan masih meminta petugas untuk membantu beliau menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus yang dianjurkan di PI Tebedu, Puan Dalin kini berani menggunakan komputer dan dapat menaip dengan sendirinya. Malah, beliau juga tidak mensia-siakan peluang belajar ICT serta peluang perniagaan dengan mengikuti kursus-kursus atau program yang dianjurkan oleh PI Tebedu.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari teknik perniagaan melalui Program E-Rezeki.

 -       Mempelajari Ms. Office untuk menaip dokumen yang diperlukan.

       -       Mempelajari asas menggunakan internet.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau.

USAHAWAN ONLINE

NAMA :ALVEN ACHAI

UMUR :22 TAHUN

AHLI : 2016

PEKERJAAN : SALON RAMBUT                                    

PENDIDIKAN : STPM  

 

Latar belakang

Adik Alven merupakan seorang yang berbakat di dalam perkhidmatan andaman serta rambut. Beliau membuka salun beliau di kampung beliau sendiri.

Adik Alven mula menyertai aktiviti PI Tebedu ketika beliau masih berusia 19 tahun. Bermula pada tahun 2016, beliau menyatakan minat untuk mengikuti kelas Intel Easy Step serta Intel Entrepreuner. Kemudian, beliau mengikuti kursus membuat blog sendiri di Pusat Internet Tebedu juga.

Pada tahun 2017, Adik Alven mengikuti kursus andaman serta penjagaan kulit muka yang dianjurkan oleh Mary Kay di PI Tebedu. Beliau menunjukkan bakat beliau di dalam bidang andaman semasa program berkenaan.

Kini, Adik Alven membuka salun beliau sendiri dengan menawarkan perkhidmatan andaman untuk pelbagai resepsi dan juga perkhidmatan penjagaan serta pemotongan rambut. Pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai kategori umur dan kebanyakkan berpuas hati dengan layanan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Adik Alven.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM400 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas serta program keusahawanan yang dihadiri di Pusat Internet Tebedu, kini Adik Alven mempunyai pengetahuan untuk mempromosikan jualan melalui online, mencipta poster jualan yang menarik dan pelbagai lagi. Anggaran pendapatan beliau sekarang adalah RM 500 – RM 900.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Kursus Keusahawanan.

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

-       Mempelajari cara mengambil order melalui FB

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau

 

KELAS ASAS ICT & KEUSAHAWANAN

NAMA : ANGELINE THANG HUI WEN        

UMUR : 19 TAHUN 

AHLI : 12.02.2017   

PEKERJAAN : LEPASAN SPM

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH   

Latar belakang

          Adik Angeline merupakan anak sulung di dalam keluarga beliau. Beliau merupakan pelajar lepasan SPM. Walaupun beliau tidak menyambung pelajaran beliau ke peringkat yang lebih tinggi tetapi beliau gigih berusaha. Beliau sangat aktif mengikuti aktiviti di PI Tebedu. Beliau pernah mengikuti Kelas Asas ICT & Multimedia, Program E-Rezeki dan menjadi sukarelawan PI ketika program Hari Bersama dan juga Program Jom Sihat. Kini beliau mendapat satu tawaran temu duga kerajaan dan adik Angeline masih menggunakan PI sebagai sumber rujukan beliau.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Adik Angeline tinggal di rumah menjaga adiknya yang masih bersekolah rendah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan PI, adik Angeline semakin aktif bergaul dan rajin mengikuti aktiviti di PI Tebedu. Kini, adik Angeline mahir menggunakan ICT. Malah beliau mampu membuat resume beliau sendiri untuk panggilan temu duga beliau.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mengikuti kelas Asas ICT & Multimedia di PI Tebedu

 -       Mengikuti Program E-Rezeki di PI Tebedu

-       Mengikuti pelbagai program di PI dan menjadi sukarelawan

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       PI memberi kelas percuma

-       Menambah ilmu pengetahuan ICT