Usahawan Grill & E-Rezeki Mdec

NAMA : RODY ANAK SABIA  

UMUR : 42 TAHUN

AHLI  : JUN 2018

PEKERJAAN : KONTRAKTOR GRILL 

PENDIDIKAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA  

 

Latar belakang

Encik Rody Anak Sabia merupakan seorang usahawan muda yang mula bergiat secara aktif terutamanya di dalam laman sesawang Facebook. Mula-mula beliau tidak berasa yakin kerana beliau tiada ilmu usahawan malah agak baru mengenali internet. Tetapi selepas penglibatan dengan Pusat Internet Tebedu, Encik Rody mula berasa yakin malah kini beliau mempunyai pendapatan sampingan. Beliau baru sahaja mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet Tebedu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ICT beliau yang masih lemah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau agak kekok menggunakan internet untuk pertama kalinya terutamanya melalui telefon pintar. Malah pelanggan beliau juga agak kurang. Ini disebabkan beliau hanya mempromosikan di sekitar kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau berjumpa dengan salah seorang petugas, menyatakan hasrat ingin belajar menggunakan internet dan mempelajari selok-belok berniaga. Selepas mempelajari asas penggunaan internet dan keusahawanan, akhirnya beliau kini mahir menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon sebagai platform perniagaan beliau. Malah, beliau juga mendapat ramai pelanggan berbanding dengan yang sebelumnya.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FaceBook.
- Mempelajari cara mengambil tempahan melalui FaceBook dan Whatsapp.
- Mengikuti bengkel kemahiran keusahawanan di Pusat Internet Tebedu.
- Mengetahui kaedah yang betul pembuatan grill menerusi Youtube.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Memberi bengkel keusahawanan atas talian.
- Memberi kelas tambahan ICT.
- Meningkatkan semangat jati diri dalam bidang keusahawanan.

Kelas Asas Microsoft Office & E-Pembelajaran

NAMA : AWANG SUZAIRUL BIN AWANG ZAIDI 

UMUR : 13 TAHUN

AHLI  :11.01.2016

PENDIDIKAN : TINGKATAN SATU

SEKOLAH : SMK TEBEDU

Latar belakang

Adik Awang Suzairul merupakan seorang yang ceria dan seorang yang amat menekan pelajaran. Beliau selalu berkunjung ke PI Tebedu untuk mencari maklumat serta mengulang kaji pelajaran bersama dengan rakan-rakannya. Sebelum ini beliau hanya beranggapan bahawa Pi1m Tebedu hanyalah untuk urusan orang dewasa sahaja. Adik Awang mula berkunjung ke PI Tebedu dengan diajak rakan sekolahnya untuk menggunakan komputer. Selepas melihat kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet (PI), beliau juga berminat untuk mendaftar menjadi ahli PI Tebedu. Malah beliau selalu mencari contoh soalan matematik secara atas talian sebagai ulang kaji beliau sendiri. Sehingga kini, Adik Awang selalu mengikuti program ataupun bengkel yang dianjurkan oleh PI Tebedu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Awang Suzairul tidak mempunyai kemahiran berkomputer dan hanya menonton rakannya menggunakan komputer. Apabila ditanya, beliau mengatakan beliau tidak mempunyai kemahiran berkomputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas-petugas PI Tebedu membantu Adik Awang Suzairul menggunakan komputer dengan memberi latihan ICT kepada beliau. Kini beliau sudah mahir menggunakan komputer dan mampu menggunakan internet tanpa bantuan petugas-petugas PI Tebedu.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara penggunaan asas berkomputer.
- Mempelajari Ms. Office untuk menambah kemahiran menaip.
- Mengulang kaji pelajaran.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- Petugas-petugas Pi1m membantu Adik Awang menggunakan komputer secara asas melalui latihan ICT yang diberikan..
- Mengadakan Bengkel UPSR, Bengkel Matematik untuk membantu pelajar-pelajar mengulang kaji pelajaran.

Usahawan Jahitan Pakaian & Kelas Laman Sosial (FB)

NAMA : BRENDA ANAK PETER

UMUR : 24 TAHUN

AHLI  : 2.07.2011

PEKERJAAN : TAILOR

PENDIDIKAN : SIJL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA   

 

Latar belakang

Cik Brenda mula menjadi ahli PI Tebedu sejak tahun 2011. Pada ketika itu, PI Tebedu masih lagi bertapak di tapak lama iaitu Kampung Insan Jaya, Bengan. Malah, beliau juga pernah mengikuti kursus Intel Easy Step dan Intel Entrepreunership bersama dengan petugas-petugas PI ketika itu. Walaupun PI Tebedu telah berpindah tapak, Cik Brenda masih mengikuti latihan ICT yang diadakan di PI Tebedu.

Malah beliau memohon ke Institusi Giat Mara juga melalui perkhidmatan atas talian di PI Tebedu. Selepas habis pengajian, beliau mula memperkenalkan produk jahitan beliau dengan penduduk kampung sahaja. Pada masa itu, tempahan beliau sedikit sahaja dan hanya pada masa tertentu sahaja. Kemudian, beliau ke PI Tebedu dengan meminta bantuan petugas Pi1m menolong beliau mempromosikan produk jahitan beliau secara online. Petugas PI Tebedu mencadangkan kepada beliau untuk mencipta akaun Facebook. Ini kerana Facebook mempunyai rangkaian yang luas dan semua orang dapat melihat hasil jahitan beliau berbanding dengan sebelumnya. Adik Brenda bersetuju mencipta akaun Facebooknya dan kini hasil pendapatan bulanan beliau bertambah. Beliau kini mendapat tempahan bukan sahaja daripada penduduk kampung malah dari sekitar Tebedu dan Serian. Pelanggan beliau juga banyak dari persatuan-persatuan kampung serta daripada ibu bapa yang ingin membuat baju sekolah anak-anak mereka dan pakaian untuk musim perayaan seperti Hari Gawai Dayak serta Hari Krismas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah tempahan pada ketika itu hanya 3 ke 4 helai baju sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebedu, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jahitan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah mampu mencecah RM500 – RM1000 terutamanya pada musim perayaan dan persekolahan.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB,
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi dan lain-lain lagi
- Mempelajari cara mencipta brosur dan kad perniagaan beliau sendiri.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk saya di Dashboard Komuniti
- PI membantu saya dengan mempelajari cara-cara perniagaan melalui Latihan Intel Entrepreunership.

 

Kelas Asas Microsotf Office & Belian Online

NAMA  : NAZARETH PETER KATA

UMUR : 30 TAHUN

AHLI : 2016

PEKERJAAN : BERNIAGA MINYAK WANGI

PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGURUSAN PENTADBIRAN  

Latar belakang

Encik Nazareth mula mengenali Pusat Internet Tebedu daripada rakannya yang baru menghabiskan latihan Intel Easy Step di PI Tebedu. Malah beliau juga tidak tahu menahu akan program-program komuniti serta latihan ICT yang dijalankan di PI Tebedu. Beliau akhirnya mendaftar menjadi ahli dan mengikuti latihan Intel Easy Step di PI Tebedu. Melalui latihan tersebut, Encik Nazareth tahu akan selok belok perniagaan melalui modul 6-modul 10. Ini kerana melalui latihan tersebut beliau diajar akan latihan asas ICT dan asas perniagaan pada modul 6-10. Beliau kini menjalankan perniagaan secara atas talian iaitu menjual minyak wangi melalui Facebook. Kalau dahulu beliau hanya menjual minyak wangi berkenaan dengan mempromosinya melalui rakan-rakan sebelah rumah dan sekerja, kini beliau mempunyai rangkaian perniagaan yang luas dengan hanya menggunakan Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Nazareth tiada pengalaman menjual barangan secara atas talian. Beliau hanya menjual dengan rakan-rakan terdekat serta jiran-jiran sebelah rumah. Malah beliau juga mempunyai pengetahuan perniagaan yang biasa sahaja. Pendapatan beliau juga agak rendah dan jarang mendapat jualan di atas RM 50.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Nazareth kini mempunyai asas ICT dan juga asas keusahawanan. Malah, beliau juga mempunyai pelanggan bukan hanya di sekitar Tebedu malah di pelbagai tempat. Ini kerana beliau mempunyai rangkaian perniagaan yang luas dengan menggunakan Facebook. Malah pendapatan beliau juga bertambah dari RM 150 ke RM 200.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran di atas talian seperti Facebook.
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi, membuat poster perniagaan dan serta logo perniagaan.
- Mempelajari asas latihan ICT dan Keusahawanan

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi latihan ICT

E-Pembelajaran & Online Mewarna Lukisan

NAMA : AFIQAH ALIAH BINTI AFFENDI  

UMUR : 6 TAHUN

AHLI : 2016

PENDIDIKAN : PRA SEKOLAH

SEKOLAH : SK TEBEDU

Latar belakang

Adik Afiqah Aliah merupakan salah seorang pelajar e-learning yang menonjol di kalangan rakan-rakannya yang lain. Beliau hanya berumur 6 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tebedu. Sikapnya yang suka bertanya serta pantas mempelajari sesuatu ilmu membuatkannya mendahului rakan-rakannya yang lain. Adik Afiqah juga sering mengikuti aktiviti-aktiviti di PI Tebedu. Kini, Adik Afiqah mahir mengaplikasikan ilmu kemahiran berkomputer serta berinternet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai seorang yang masih baru mengenali dunia komputer, Adik Afiqah juga agak kekok menggunakan komputer serta belum lagi memiliki kemahiran berinternet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Secara rasminya, adik Afiqah Aliah menjadi ahli pada tahun 2016. Pada ketika itu juga, beliau mula mengikuti kelas e-learning yang diadakan di PI Tebedu. Kebanyakkan ilmu yang dipelajarinya adalah kemahiran suku kata, 'Speak & Spell' dan juga pengiraan. Adik Afiqah juga memiliki kemahiran Berbahasa Inggeris yang baik. Ini adalah disebabkan, beliau sering menonton dan mengikuti lagu-lagu 'nursery' di You Tube dimana dipantau oleh petugas-petugas PI Tebedu.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari kemahiran berkomputer dan juga berinternet
- Mempelajari kemahiran berbahasa dan juga pengiraan berdasarkan e-learning yang dipelajari

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- Mengadakan kelas e-learning
- Mengadakan aktiviti Klik Dengan Bijak untuk tujuan keselamatan berinternet