Usahawan Tani & Online Jabatan Pertanian

NAMA : DOMINIC BIN HAMZAH

UMUR : 36 TAHUN

AHLI : 2011

PEKERJAAN : PETANI

PENDIDIKAN : SIJIL RENDAH PELAJARAN  

Latar belakang

Encik Dominic Bin Hamzah merupakan seorang usahawan yang baru dalam bidang penternakan. Walaupun masih baru, tetapi beliau merupakan seorang yang suka mempelajari atau meneroka sesuatu yang baru bagi beliau. Sebelum ini, beliau merupakan seorang petani biasa bersama dengan pasangan beliau. Beliau mula mengikuti aktiviti di Pusat Internet Tebedu sejak 2011 sehingga kini. Malah beliau juga pernah mengikuti kelas ICT dan Intel Easy Step bersama Pengurus PI Tebedu pada sesi 2011. Walaupun, tapak PI Tebedu kini bertukar, beliau masih mampu mengunjungi PI Tebedu untuk mempelajari kemahiran berkomputer. Baru-baru ini, beliau membuka kolam penternakan ikan tilapia di kawasan beliau sendiri. Ini adalah bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Pelanggan beliau juga hanya terdiri daripada penduduk-penduduk kampung sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebedu, beliau kini telah memiliki kemahiran berkomputer dimana beliau memerlukannya untuk pengurusan perniagaan. Malah, perniagaan beliau kini berkembang di daerah Tebedu. Pendapatan bulanan beliau sekarang mampu mencecah RM 300 – RM 500.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan perniagaan penternakan ikan
- Memberi kelas tambahan

Usahawan Binaan & Online (CIDB/PKK)

NAMA : BAHRIN BIN TUAH

UMUR : 40 TAHUN

AHLI  : 2016

PEKERJAAN : KONTRAKTOR BINAAN

PENDIDIKAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA  

 

Latar belakang

Encik Bahrin merupakan seorang pemegang sub-kontraktor di daerah Tebedu. Tetapi, kini perniagaan beliau makin berkembang dan menjadi sub-kontraktor di Daerah Serian dan Bandar Kuching. Perkhidmatan serta hasil kerja yang dihasilkan oleh beliau menyebabkan beliau dipercayai oleh pelanggan-pelanggan beliau. Malah beliau juga berusaha mempromosikan perniagaan beliau sama ada melalui media 'online' atau secara 'verbal'. Sejak beliau menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Tebedu, beliau kini percaya bahawa senang bagi beliau membuat capaian dengan pelanggan-pelanggan beliau. Malah, selain itu beliau juga sering mengikuti aktiviti – aktiviti di Pusat Internet Tebedu seperti kelas keusahawanan, Program Dashboard, Hari Bersama Komuniti dan lain-lain lagi. Selain menjadi usahawan yang berjaya, beliau juga merupakan seorang pemimpin iaitu Ketua Kampung di Kampung Darul Iman, Tebedu. Sebagai seorang pemimpin, beliau menggalakkan orang kampung mempelajari kemahiran berkomputer serta menggunakan internet. Kini, para Ahli Jawantankuasa masjid di Kampung Darul Iman menggunakan khidmat internet di PI Tebedu untuk mencari serta mencetak Khutbah Jumaat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Malah, pelanggan-pelanggan beliau juga hanya terdiri di daerah Tebedu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebedu, beliau kini telah memiliki Facebook dan Whatsapp sendiri yang dapat mempromosikan serta berhubung dengan para pelanggan beliau. Pelanggan beliau terdiri dari Tebedu, Serian dan Kuching yang mana mereka mengetahui perkhidmatan beliau melalui facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp.
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan beliau untuk menguruskan perniagaan secara konsisten.
- Mempelajari Excel untuk membuat akaun kewangan.
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan saya
- Memberi latihan untk menambahkan kemahiran berkomputer dan berinternet

Usahawan Bakery-Pasteri & Bunga Plastik

NAMA  : BONG YUN KIAW

UMUR  : 33 TAHUN

AHLI   : 2011

PEKERJAAN : HOME MADE CAKE-BISCUT & BUNGA PLASTIK  

PENDIDIKAN : SIJIL PELAJARAN TINGGI MALAYSIA

Latar belakang

Puan Bong Yun Kiaw merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dengan menjaga tiga orang anak lelakinya yang masih bersekolah rendah dan pra sekolah.Kemahiran serta bakat beliau dalam bidang pembuatan kek dan biskut hanyalah terselah ketika musim perayaan sahaja. Itupun untuk keluarga beliau sendiri. Begitu juga dengan gubahan bunga plastic. Disebabkan ingin menambah serta membantu suami mencari pendapatan keluarga, maka beliau pun membuka tempahan kuih kek dan biskut. Tempahan bukan sahaja dibuka pada musim perayaan malah hari-hari biasa juga. Begitu juga dengan gubahan bunga plastic.Sehingga kini, perniagaan beliau berjalan dengan lancar walaupun pada hari biasa. Apatah lagi pada musim perayaan, sampai tak menang tangan. Pada kebiasaannya, beliau sendiri yang akan menghantar produk jualan ke rumah pelanggan melainkan pelanggan tersebut ingin pergi ke rumah beliau untuk mengambil tempahan. Baru – baru ini beliau mendapat tempahan yang agak lumayan untuk membuat kek hari jadi, iaitu enam biji kek hari jadi dalam seminggu. Malah beliau sendiri tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pelanggannya. Malah beliau juga sering dijemput oleh PI Tebedu untuk mengadakan program usahawan di PI Tebedu sebagai tenaga pengajar. Para peserta yang mengikuti program bersama beliau amat berpuas hati dengan cara beliau mengajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM 150 sahaja sebulan. Pelanggan beliau hanya daripada penduduk sekitar serta kawan – kawan yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Tebedu, beliau kini telah memiliki 'Facebook Page' sendiri untuk tujuan promosi gubahan bunga plastic iaitu Karya Seni Homemade. Untuk produk kek serta biskut beliau pulak melalui akaun Facebook dan Instagram sebagai medium promosi. Kini, pendapatan beliau meningkat iaitu dalam linkungan RM 150 – RM 350 sebulan

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mengikuti kelas latihan keusahawanan di PI Tebedu

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas latihan keusahawanan

 

E-Pembelajaran & Klik Dengan Bijak

NAMA : CORINA LIN ANAK JHONEY

UMUR : 13 TAHUN

AHLI  : 2017

PEKERJAAN : PELAJAR 

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEBEDU  

Latar belakang

Adik Corina Lin adalah merupakan anak seorang petani. Bapanya mempunyai kebun lada, menanam padi huma/bukit dan padi sawah. Ibunya merupakan surirumah yang turut membantu suaminya di kebun dan di huma/sawah padi.

Kedua-dua ibubapanya hanya mendapat pendidikan di sekolah rendah kampung sahaja. Sosial ekonomi keluarga adik Corina Lin banyak bergantung kepada hasil pertanian sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan ICT adik Corina Lin tiada dimana dia tidak pandai menggunakan computer dan laptop. Bila mencari tugasan sekolah yang diberikan oleh guru kelas, dia merujuk hanya kepada buku-buku teks dan bahan-bahan dari Perpustakaan Daerah Tebedu. Dia hanya menggunakan kaedah manual dimana hanya menulis di kertas sahaja. Dia tidak pandai untuk menggunakan komputer atau laptop untuk menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Tebedu pada tahun 2017, dia rajin untuk mengikut kelas ICT pada hujung minggu dan cuti sekolah. Kini dia mahir untuk menggunakan komputer serta melayari internet untuk menaip dan mencari bahan-bahan rujukan sekolah secara atas talian.

Adik Corina Lin seorang yang rajin berusaha serta bertanya kepada petugas di Pusat Internet Tebedu bila dia tidak faham berkenaan dengan perkakasan serta perisiaan ICT.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara bagaimana menggunakan media sosial iaitu FaceBook dan email.
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan dia menaip tugasan sekolah yang diberikan oleh guru-guru sekolah.
- Memudahkan dia untuk mendapat perkhidmatan cetakkan, imbasan, fotokopi dan sebagainya.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu dia untuk mencari bahan-bahan rujukan sekolah secara atas talian dengan mudah
- Memberi kelas pengetahuan ICT kepada dia untuk menambahkan kemahiran dalam ICT
- PI banyak memberi pengajaran yang positif kepada dia dalam menggunakan internet melalui program "Klik Dengan Bijak"

Usahawan Online Kraftangan Tradisional Sarawak

NAMA : PUAN LEONY ANAK KUWAK

UMUR  : 46 TAHUN

AHLI   : 5.12.2016

PEKERJAAN : GURU SEKOLAH RENDAH  

PENDIDIKAN : SARJANA PERGURUAN  

 

(Berdiri berbaju warna coklat( Puan Leony) sebelah petugas PI Tebedu, Cik Vee Fely)

Latar belakang

Puan Leony merupakan seorang cikgu yang mengajar di sekolah rendah di Daerah Tebedu ini. Walaupun sibuk bertugas sebagai seorang pengajar/guru, tetapi beliau juga mempunyai minat untuk berniaga maka beliau membuka perniagaannya sendiri. Beliau menyatakan yang beliau berminat untuk menjalankan perniagaan bermula secara kecil-kecilan. Antara bentuk perniagaan beliau ialah perniagaan cendawan tiram dan perniagaan menjual barangan kraftangan. Beliau membeli anak benih cendawan tersebut daripada rakan beliau sendiri. Pada mulanya , beliau hanya ingin menanam cendawan tiram tersebut untuk kegunaan beliau sendiri sahaja. Tetapi selepas melihat hasil tuaian yang agak banyak, beliau memutuskan untuk menjual hasil tuaian cendawan tiram tersebut. Dan sehingga kini masih lagi menjual cendawan tiram tersebut. Selain itu, beliau juga pandai menghasilkan kraftangan Sarawak samada untuk aktiviti kebudayaan atau untuk kegunaan seharian. Ketika ditemu duga dengan petugas PI Tebedu, beliau mengatakan bahawa beliau pernah mendapat tempahan 'Reung' dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk kegunaan latihan para pelajar di akademi tersebut. 'Reung' ataupun topi yang dihiasi dengan manik ataupun perhiasaan syiling emas yang dililit tepi Reung. Reung merupakan topi hiasan lengkap dengan pakaian tradisional yang dipakai oleh masyarakat wanita kaum Bidayuh ketika menyambut perayaan Hari Gawai Dayak. Beliau menyatakan bahawa beliau berasa bangga kerana pihak ASWARA memilih hasil kraftangan beliau sebagai pilihan. Beliau juga aktif mengikuti kelas usahawan yang diadakan di PI Tebedu sehingga kini. Beliau mengatakan yang beliau seronok belajar ilmu baru ICT dan seiringan dengan itu dapat membantu beliau mempromosikan produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat latihan ICT, agak susah untuk beliau mempromosikan produk-produk beliau. Malah pelanggan hanya dari sekitar kampung dan juga kawan-kawan di tempat kerja beliau sahaja. Pendapatan daripada perniagaan beliau hanya sekitar RM100 – RM RM200 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebedu, beliau kini memiliki 'Page' beliau sendiri. Disebabkan beliau mempunyai pelbagai jenis produk yang dijual, maka beliau membuat dua 'Page' iaitu untuk perniagaan cendawan tiram beliau dan juga untuk produk kraftangan. Beliau mendapat pelanggan dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui 'Facebook Page' tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM 800.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui 'Page Facebook'
- Mempelajari Microsoft Excel untuk pengiraan stok

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu dengan memberi latihan keusahawanan
- PI membantu mempromosikan produk Puan Leony