bala 1

 

NAMA :  ENCIK BALACHANDAR A/L MANOHARAN BALAKRISHNAN 

UMUR : 49 TAHUN

AHLI : 2017

PEKERJAAN : PEMANDU VAN SEWA 

Latar belakang

Encik Balachandar merupakan seorang warga dewasa yang berminat untuk mengikuti kursus ICT di PIK Tebedu. Sebelum ini, beliau merupakan seorang pemandu van sewa yang berdaftar. Memandangkan berlakunya pandemic virus Covid 19, beliau kehilangan pekerjaan beliau. Beliau bercita-cita ingin membawa perkhidmatan Grab tetapi beliau belum mempunyai kemahiran ICT. Jadi, beliau mengikuti kelas asas ICT dan juga kelas asas perniagaan setiap minggu untuk menambah kemahiran ICT dan berniaga beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Encik Balachandar kekurangan kemahiran ICT. Beliau juga belum memiliki kemahiran suntingan imej dimana kini amat diperlukan di dalam bidang perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mengikuti kelas ICT dan perniagaan, kini beliau semakin mahir membuat penyuntingan imej terutamanya ketika beliau ingin membuat promosi berkenaan dengan perkhidmatan Grab yang bakal beliau tawarkan nanti.

Apa yang dipelajari melalui PIK

-       Microsoft Office

-       Penyuntingan imej

-       Asas Perniagaan

 Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PIK menawarkan kelas ICT secara percuma kepada komuniti.

-       Petugas akan membantu serta membimbing para pelajar membuat latihan pengukuhan.

 

 

bala 2

 

 

 

Cath 2

 

 

NAMA : CATHERINE ANAK DAVID 

UMUR : 30 TAHUN

AHLI : 2020

PEKERJAAN : SURI RUMAH DAN HIASAN BIDAYUH 

Latar belakang

Puan Catherine adalah seorang suri rumah yang meminati pakaian trandisional bidayuh Sarawak iaitu aksesori bidayuh seperti rantai, topi, tali pinggang manik corak kaum bidayuh setempat.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menjual produk buatan sendiri di sekitar kampung sahaja. Tidak mahir menggunakan talian internet untuk memasarkan produk beliau.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas minat yang tinggi untuk mempromosikan produk kraftangan beliau telah mendaftar mengikuti bengkel ICT anjuran Pusat Internet Tebedu. Selain mempelajari kemahiran baru, beliau juga berpeluang untuk menambah pengetahuan lebih dalam bidang digital iaitu perniagaan online.

Apa yang dipelajari melalui PI

      -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Whatssap dan Face Book .

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk dan  pengiraan untung/ rugi

-       Mempelajari cara mengambil order melalui applikasi Wahatssap dan Face Book beliau sendiri.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

      -       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau sebagai usahawanita yang Berjaya.

      -   Membimbing beliau untuk mendaftar diri dalam perjualan produk sendiri di platform atas talian tanpa menggunakan khidmat orang

          tengah.

 

                                      Cath 3  Cath 4

 

 

 

 

Khairul 1

 

NAMA : KHAIRUL BIN ABDULLAH 

UMUR : 9 TAHUN

AHLI : 2018

PEKERJAAN : MURID TAHUN 3 SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONG 

 

Latar belakang

Adik Khairul merupakan murid Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Temong yang aktif bermain basikal dan badminton apabila balik dari sekolah. Adik Khairul juga meminati sukan bola sepak dan aktif bermain bola sepak di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Khairul tidak pernah memegang tetikus dan menggunakan komputer disebabkan di rumah keluarganya tiada peralatan ICT iaitu set komputer. Dia banyak menghabiskan masa bermain basikal, bola sepak dan badminton bersama kawan-kawan di kampung. Dia tidak mengenal apa itu komputer dan kegunaan peralatan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas minat ingin belajar komputer, ibubapa adik Khairul mendaftar dia sebagai ahli di Pusat Internet Tebedu. Dia gembira dapat berpeluang untuk belajar bagaimana menggunakan komputer dengan betul. Setelah itu, adik Khairul boleh menaip, mewarna dan melayari internet dengan sendiri tanpa bimbingan petugas.

Selepas mengikuti kursus yang dianjurkan di PI Tebedu

- Boleh menggunakan komputer dengan sendirinya

- Mahir menggunakan internet dengan carian google

- Boleh menggunakan perisian Paint untuk melukis

- Boleh mencari buku cerita atas talian

 

Khairul 2    Khairul 3

sheila 1

 

NAMA : NUR SHEILA BINTI ABDULLAH 

UMUR : 24 TAHUN

AHLI : 2020

PEKERJAAN : SURI RUMAH DAN JAHITAN HIASAN  

Latar belakang

Nur Sheila seorang yang berminat untuk mempelajari bidang-bidang baru untuk menambah pengetahuan dan kemahiran beliau. Beliau adalah seorang suri rumah yang meminati bidang jahitan pakaian dan kraftangan tempatan. Masa lapangnya banyak dihabiskan untuk menghasilkan reka bentuk dan gaya jahitan yang hendak dihasilkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nur Sheila hanya menjual produk beliau secara manual dimana bila pelanggan menempah jahitan pakaian dan jahitan kraftangan melalui panggilan telefon sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semangat belajar kemahiran baru yang ada, telah mendorong Puan Nur Sheila mendaftar mengikuti bengkel keusahawanan secara atas talian/ online. Beliau berhasrat untuk memasarkan produk jahitan dan kraftangan ke peringkat lebih luas di dalam dan luar negeri.

Apa yang dipelajari melalui PI

      -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Whatssap dan Face Book .

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk dan  pengiraan untung/ rugi

-       Mempelajari cara mengambil order melalui applikasi Wahatssap dan Face Book beliau sendiri.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       -       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau sebagai usahawanita yang berjaya.

      -       Membimbing beliau untuk mendaftar diri dalam perjualan produk sendiri di platform atas talian tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

 

sheila 2 sheila 3

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

Nurfatihah 1

 

NAMA : PUAN NURFATIHAH BINTI ZAKARIA 

UMUR : 47 TAHUN

AHLI : 25.12.2016

PEKERJAAN : SURI RUMAH DAN PETANI 

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang suri rumah yang berminat dalam bidang pertanian secara kecil-kecilan di rumahnya untuk mengisi masa lapang. Suami beliau adalah pesara tentera yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah rendah. Beliau mempunyai 4 orang anak lelaki yang masih belajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah sahaja tidak pernah mengenal apa itu teknologi ICT atau komputer. Beliau takut untuk belajar computer memandangkan beliau tidak pernah belajar asas ICT di mana-mana tempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas keperluan semasa, beliau berjinak-jinak mengenal asas ICT apabila beliau menyertai persatuan wanita yang memerlukan kemahiran ICT untuk berhubung sesama sendiri dalam jarak jauh. Justeru itu, beliau telah mendaftar ke Pusat Internet Tebedu untuk belajar asas mengenai komputer dan internet.

Apa yang dipelajari melalui PI

      -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Whatssap dan Face Book .

-       Mempelajari Microsoft  Office untuk menaip, merekod dan membuat pembentangan.

-       Mempelajari cara mengambil order melalui applikasi Wahatssap dan Face Book beliau sendiri.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

      -       PI membantu mempromosikan produk sayuran dan cili.

-    Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau.

 

Nurfatihah 2  Nurfatihah 3