(Sumber foto: Facebook Kampung Tebedu Mawang)
Ramai dikalangan kaum wanita disini terlibat dalam sektor pertanian seperti menanam padi, koko, getah dan kelapa sawit sejak bertahun lamanya. Mereka juga ada mengusahakan kraftangan tempatan seperti membuat bakul, beg, tampin, lompok secara kecil-kecilan.
Untuk perayaan umum seperti Hari Gawai Dayak, Hari Krismas, Hari Raya di Daerah Tebedu ini, kaum terlibat secara langsung mempersembahkan tarian tradisional iaitu berlanggi, pertandingan ratu Gawai, koir keagamaan, nasyid dan kompang.