Sesi Persekolahan Bermula Bagi Tahun 2018 Di Daerah Tebedu


Wajah putera-puteri bangsa tonggak kepada pembangunan negara.

 

Kelas E-learning diadakan pada 2/12/2017 dan hari-hari berikutnya sempena dengan cuti sekolah. Pada kali ini, tiga adik-beradik menyertai kelas e-learning di Pusat Internet 1Malaysia Tebedu iaitu Adik Angeline (12 tahun,) Daniel (10 tahun) dan Adik Evan (6 tahun). Antara aktiviti yang diadakan ialah 'Speak and Spell' dengan menggunakan laman web British Council Kids Learning. Selain itu, mereka juga dilatih mewarna secara online. Untuk aktiviti bersama yang memerlukan kreativiti ialah membuat Kraf. Pada minggu ini, Adik Angeline, Adik Daniel dan Adik Evan membuat Snowman Craft.