Produk tempatan di Daerah Tebedu ini menghasilkan pelbagai produk yang berasaskan pertanian secara kecil-kecilan. Antaranya produk pertanian yang dihasilkan ialah lada hitam/putih  dan padi huma/sawah. Ramai penduduk disini terlibat dalam penghasilan bahan makanan untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada penduduk tempatan.

  

Selain itu, penduduk disini juga ada menghasilkan produk kraftangan berasaskan corak bangsa bidayuh untuk berbagai kegunaan seharian dan perayaan penting masyarakat mereka. Kraftangan ini adalah dari sumber rotan, buluh dan tali plastik yang dianyam dengan pelbagai reka bentuk yang menarik dan berwarna-warni.