Nama Program : Kelas Belajar Asas ICT Dan Multimedia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tarikh : 21 Jun 2022, Selasa Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi Tempat : Bilik Latihan Peserta : 2 orang |
Tujuan :
- Mendapatkan sijil untuk memohon pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS.
-Menningkatkan kemahiran dalam teknologi asas ICT.
-Mengisi masa lapang dengan mendalami pengetahuan teknologi maklumat semasa.
Aktiviti :
-Peserta diberikan buku modul yang standard untuk rujukan semasa pembelajaran.
-Latihan akan diberikan kepada peserta oleh petugas PEDi
-Peserta berpeluang untuk membuat pertanyaan sekiranya tidak faham dengan setiap modul tersebut.
Nama Program : Tuisyen Sekolah Rendah Dan Pra Sekolah Tarikh : 17 Jun, 18 Jun, 19 Jun 2022 (Jumaat, Sabtu, Ahad) Masa : 10.45 pagi, 2.00 petang, 9.30 pagi Tempat : Rungan Penguna PEDi Peserta : 3 orang |
Tujuan :
-Menambah pemahanan pelajar sekolah rendah dalam subjek yang didaftar.
-Melatih pelajar pra sekolah membaca dengan lancar.
-Latihan yang diberikan membantu meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan.
Aktiviti :
-Mengikuti setiap sesi pembelajaran secara audio dan paparan modul atas talian.
-Menjawab quiz atas talian yang disediakan oleh cikgu.
-Memberi peluang pelajar menjawab secara spontan atau mesej kepada cikgu.
Nama Program : Lawatan Kerja DITM perjumpaan dengan Rakan Digital Usahawan PEDi Tebedu Tarikh:15 Jun 2022, Rabu Masa : 10.00 pagi Kehadiran: Encik Hilmi Dan Encik Griffin, TM Sarawak |
Tujuan:
- Mengetahui perkembangan peserta-peserta usahawan tempatan yang dilatih oleh Rakan Digital.
- Memantau program-program yang di daftar oleh usahawan dengan bimbingan Rakan Digital setakat ini.
-Mengambil rekod jumlah bilangan usahawan yang aktif menjalankan perniagaan secara manual dan atas talian di bawah selian Rakan Digital.
Aktiviti:
- Pembentangan perkembangan semasa prestasi kemajuan usahawan yang aktif oleh Rakan Digital kepada kedua-dua pegawai tersebut.
-Bimbangan untuk mendapatkan lesen perniagaan dibantu oleh Rakan Digital kepada usahawan tempatan sekitar daerah Tebedu ini.
-Peningkatan jualan usahawan tempatan melalui media sosial semakin meningkat sejak Rakan Digital memberi motivasi menggunakan media sosial perniagaan.
Nama Aktiviti : Pembelajaran Atas Talian IPTA Tarikh : 21 Jun 2022, Isnin Masa : 10.30 pagi - 5.00 petang Tempat : Ruangan Penguna PEDI Tebedu Kehadiran : 1 orang |
Tujuan :
- Mengatasi masalah tiada talian internet di rumah, pelajar ke PEDI untuk mendapatkan talian internet yang stabil.
-Muat turun nota kuliah senang dijalankan oleh pelajar IPTA.
-Kemudahan di PEDi selesa untuk pelajar-pelajar IPTA DAN IPTS untuk mengikuti kelas secara atas talian.
Aktiviti :
- Kelas dijalankan secara "Zoom meeting" didalam PEDi dengan menggunakan komputer riba pelajar tersebut.
-Talian wifi disediakan kepada pelajar ini tanpa ada sebarang bayaran jika mereka mendaftar dengan sebagai ahli PEDi.
-Pelajar juga mudah untuk mencetak nota kuliah mereka di PEDI ini.
Nama Aktiviti: Kelas Belajar ICT dan Multimedia Tarikh: 12, 16 Mei 2022 ( Khamis, Isnin ) Masa: 2.00 petang - 4.30 petang Tempat: Bilik Latihan Peserta: 2 orang (Belia dan Pelajar Tingkatan 2) |
Tujuan:
# Mengenal peralatan dan perkakasan komputer secara menyeluruh.
# Mengetahui kepentingan mempelajari teknologi maklumat.
# Memahirkan diri menggunakan perisian asas dalam kehidupan seharian.
# Melatih diri menguasai bidang teknologi maklumat untuk persediaan memohon sebarang pekerjaan.
Aktiviti:
> Peserta diberi penerangan berkenaan setiap peralatan dan perkakasan yang terdapat dalam bilik latihan.
> Petugas membimbing peserta bagaimana menggunakan perkakasan Microsoft Office.
> Peserta akan diberikan latihan untuk memahirkan diri dalam teknologi maklumat.
> Bila tamat module dipelajari, peserta akan diberikan ujian penilaian kelayakan.