Nama Usahawan : Puan Nurul Asyikin Anasia@ Lucia Bt Abdullah

Umur: 44 tahun

Bangsa: Bidayuh

Produk : Pekasam Ikan,Belacan dan Ikan Masin

Alamat: Kampung Kujang Mawang,94760 Tebedu, Serian,Sarawak

 

Latar Belakang;

Beliau juga adalah balu dan ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak (lelaki dan perempuan) yang berminat dalam kerja-kerja pertanian. Selepas berpindah tinggal di Kampung Kujang Mawang setelah suami beliau meninggal dunia, beliau banyak menghabiskan masa dengan bercucuk tanam dan memelihara ternakan ikan kolam dan itik telur. Untuk menjana pendapatan harian, beliau menjalankan jualan ikan masin, belacan dan pekasam ikan buatan sendiri kecil-kecilan di kampung. Beliau baru sahaja memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2019 ini, dengan dibantu oleh kakak beliau sendiri. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Tebedu untuk mendapatkan resepi pemprosesan ikan segar kepada ikan masin dan pekasam serta menonton Youtube Kisah-Kisah Kejayaan Usahawan Tani dan Ternakan semasa. Selain itu, beliau juga ada memasarkan produk ikan pekasam, belacan dan ikan masin untuk di jual sekitar daerah Tebedu ini.

Nama Usahawan: Encik Francis John Mutu (Pengerusi Projek Ikan Tagang) & AJK Pengurusan

Umur : 50 tahun

Bangsa: Bidayuh

Produk: Ternakan Ikan Tagang/Semah/Kelah/Tor

Alamat: Kampung Terbat, Jalan Terbat/Mongkos, 94750 Tebakang, Sarawak

Latar Belakang Projek;

Satu program perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai yang berpusat di Sungai Kampung Terbat. Ditadbir urus oleh AJK Projek Ikan Tagang Kampung Terbat di bawah nanungan Jabatan Pertanian Sarawak iaitu Pejabat Pertanian Daerah Serian. Projek printis ini mula ditubuhkan pada tahun 2006 dengan disertai oleh penduduk tempatan dari Kampung Terbat.

Objektif Sistem Tagang;

  • Melindungi dan memulihara alam sekitar sungai termasuk ekosistem, habitat ikan dan perairan sungai supaya tidak tercemar.
  • Melindungi dan memuliharakan sumber perikanan sungai yang hampir pupus.
  • Meningkatkan pengeluaran ikan sungai.
  • Menjana pendapatan baru kepada peserta projek.

Impak Semasa;

  • Alam sekitar sungai berjaya dipulihkan.
  • Sumber perikanan sungai yang hampir pupus dapat dipulihara dan dikekalkan.
  • Pengeluaran dan pendaratan pelbagai jenis ikan sungai tempatan semakin bertambah.
  • Meningkatkan pendapatan peserta dan komuniti setempat.

Definisi Sistem Tagang;

Merupakan satu sistem perkongsian pintar diantara masyarakat dengan pihak kerajaan (Jabatan Pertanian) dalam hal perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai dimana:-

1.Tagang bermaksud larangan menangkap ikan dalam sungai yang telah ditetapkan oleh AJK Tagang.

2. Sistem tradisi pengurusan sumber perikanan diamalkan oleh kaum Kadazan di Sabah sebelum ini.

3. Dalam sistem ini, komuniti menubuhkan jawatankuasa tagang bagi menggubal dan menguatkuasa peraturan.

4. Pihak Jabatan Pertanian berperanan sebagai penasihat kepada AJK Projek Tagang.

Sektor keusahawanan kini ramai diterajui oleh penduduk Daerah Tebedu yang terdiri dari berbagai bangsa iaitu bidayuh, cina dan melayu. Mereka ini menjadi Bandar Mutiara Tebedu dan sekitar sempadan untuk dijadikan lokasi pemasaran barangan tempatan dan pembukaan kedai runcit serta mini supermarket.

Dimana bangsa bidayuh ada yang mengusahakan kedai makan dan kedai jualan ikan-sayuran tempatan di sekitar Daerah Tebedu ini. Manakala bangsa cina lebih bertumpu kepada mengusahakan kedai runcit, mini supermarket dan kedai kopi. Selain itu, terdapat juga bangsa melayu turut mengusahakan kedai makan atau café di Bandar Mutiara Tebedu ini.

 

 

Nama Usahawan: Puan Yuliana Fronika Abdullah

Umur:  30 Tahun

Bangsa : Bidayuh

Produk : Kraftangan Manik

Alamat: Kampung Temong Mura, 94760 Tebedu, Serian, Sarawak

Latar Belakang;

Beliau adalah balu dan ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak ( perempuan dan lelaki) yang sebelum ini adalah surirumah sepenuh masa. Atas hobi dan minat dengan hasil tangan menggunakan manik, beliau kini telah mempelajari cara-cara membuat kraftangan manik dengan kawan-kawan sekampung. Setelah mahir menghasilkan kraftangan manik dalam berbagai bentuk iaitu cincin, anting-anting, sarung pen/pencil, gelang tangan, rantai, topi bidayuh, tapong se'ino bengen (hiasan tradisional wanita kenyah) dan pelbagai lagi.

Setelah mengikut program keusahawanan yang sering dianjurkan oleh Pusat Internet Tebedu, beliau kini boleh memasarkan produk melalui Facebook dan Whatssap bagi mempromosikan hasil kraftangan beliau kepada umum. Beliau sering menerima tempahan daripada pelanggan tempatan terutamanya Semenanjung Malaysia.

 

 

 

 

 

 

Sub-kategori