“ Kisah Anak Tebedu ”

(Dari Sumber Cerita Rakyat Asal Kaum Bidayuh Daerah Tebedu)

   

Bermulanya penempatan masyarakat bidayuh di bumi Tebedu yang dahulunya dipenuhi dengan hutan tebal dan bergunung-ganang. Kawasan Daerah Tebedu ini subur tanahnya dan sesuai untuk dijadikan tempat pertanian padi dan buah-buahan pada zaman dahulu kala. Penempatan awal adalah di tepi sungai yang menjadi punca sumber air mereka.

Fakta Sejarah Awal Daerah Tebedu (sumber:wikipedia)

Asal usul Anak Tebedu adalah berasal dari " Bugau Temawang Tampun " yang kini terletak di kawasan Kalimantan Barat Indonesia . Pada sekitar tahun 1600 mereka telah berpindah ke Temawang Rutoi dikenali sebagai "Sinangkan Guyun" lalu menetap di situ selama beberapa generasi. Selepas 12 keturunan Anak Tebedu tinggal di Temawang Rutoi, Anak Tebedu telah berpindah ke Tujog. ( Kawasan sekarang terletak di tengah antara kawasan Kampung Kujang dengan Kampung Tesu ).

 

Semasa mereka tinggal di situ, Anak Tebedu telah menemui sebongkah Batu besar yang terletak di tengah-tengah anak sungai dan mendapati batu tersebut tidak basah apabila terkena air. Bermula daripada kisah Batu tersebut, Anak Tebedu telah menamakan kawasan mereka sebagai “Batuh Bedu” yang bermaksud “Batu Kering”. (Batuh Bedu masih wujud sehingga sekarang)

Tarian tradisional Langgi Bidayuh

Pada sekitar tahun 1700, Anak Tebedu yang diketuai oleh Orang Kaya Pamui (Ketua Kampung Pamui) telah meneroka kawasan baru sehingga ke kawasan Suhu. Apabila sampai di sekitar kawasan Suhu, Anak Tebedu telah terjumpa dengan kumpulan Kaum Dayak Bianah lalu Anak Tebedu telah mengambil langkah berani dengan menyerang kumpulan tersebut sehingga memaksa Kaum Bianah tersebut akhirnya lari meninggalkan kawasan mereka.

Selepas daripada peristiwa tersebut, Anak Tebedu telah meninggalkan kawasan Batuh Bedu lalu membuat penempatan kekal (Mawang) di tebingan sungai Suhu setelah mendapati "Tanah & Air" kawasan tersebut sesuai untuk mereka. Bermula daripada itu, akhirnya “Batuh Bedu” telah di jadikan nama penempatan baru mereka dan kini disebut sebagai

“ TEBEDU "



( Sebutan :- Batuh Bedu = Tuh Bedu = Tebedu )

Kampung Tebedu terbahagi kepada 2 kawasan iaitu:-
“Tebedu Mawang” dan “Tebedu Bung Padus”

Tebedu Mawang terbahagi kepada (5) iaitu:-
1) N’tangan Mawang
2) N’tangan Bilane
3) N’tangan Pasuk
4) N’tangan Tapau
5) Buhun

Kampung Tebedu terbahagi kepada 2 kawasan iaitu:-
“Tebedu Mawang” dan “Tebedu Bung Padus”

Tebedu Mawang terbahagi kepada (5) iaitu:-
1) N’tangan Mawang
2) N’tangan Bilane
3) N’tangan Pasuk
4) N’tangan Tapau

5) Buhun

Tebedu Bung Padus terbahagi kepada (3) iaitu:-
1) N’tangan Bung Padus
2) N’tangan Bung Ubah
3) N’tangan Sipanteg'

Suku Bidayuh

(sumber daripada Wikipedia)

Kaum Bidayuh atau Dayak adalah masyarakat yang menemani kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada 4 pecahan etnik iaitu:

1.          Selakau/Lara (Daerah Lundu)

2.         Jagoi/Singai (Daerah Bau)

3.         Biatah (Daerah Kecil Padawan)

4.         Bukar/Sadong (Daerah Serian)[1]

5.         Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)

            Mereka kebanyakannya beragama Kristian dan ada juga berfahaman animisme sebelum kedatangan mubaligh Kristian di pedalaman negeri Sarawak ini. Fahaman animism adalah diwarisi daripada nenek-moyang suku bidayuh pada zaman dahulu kala. Kini majoriti suku bidayuh moden menganut agama kristian dalam kehidupan mereka.

            Pada zaman dahulu, suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

            Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari.

            Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.

Bahasa Bidayuh

            Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu.

            Hal ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain sekiranya mereka adalah suku atau dari daerah yang berlainan. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man". Ada juga bidayuh yang baru dikenali sebagai Bidayuh Kuching Tengah atau "Bidayuh Moden ( Baru ), oleh kerana bahasa dan adat yang bercampur dari bidayuh bau jagoi dan bidayuh padawan.Kaum Bidayuh ini boleh ditemui dikawasan perkampungan berdekatan dengan bandar kuching iaitu : 1. Kampung Tematu Simorang 2. Kampung Semeba 3. Kampung Sudat 4. Kampung Bumbok.

Seni Muzik

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar terbahagi daripada dua iaitu Oguong dan Kitaak, canang, Gendang atau Pedabat dan Tawak (sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang agak rumit.

Senjata Tradisi

Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, "jepur" (seakan samurai) dan "rira" (meriam kecil)adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ini untuk berperang pada zaman dahulu kala. Manakala peralatan senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti pertanian.

 

Sungai Suhu: Sumber bekalan air utama penduduk Daerah Tebedu

 

**edited by Admin - 6/3/2017
**article original date - 15/7/2015