Celik-IT 1

 

NAMA: CANICIUS ANAK TAN SUN

UMUR: 22 Tahun

AHLI: 2021

PEKERJAAN: Swasta

 

Latar belakang

Adik Canicius merupakan salah seorang belia yang mengikuti kelas asas Multimedia dan ICT begitu juga dengan kelas asas Keusahawanan. Sebelum ini beliau tidak mempunyai sebaran asas menggunakan komputer dan berhasrat ingin mengikuti kelas di PIK Tebedu untuk menambah ilmu pengetahuan beliau mengenai penggunaan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau tidak mempunyai asas mengenai penggunaan komputer begitu juga dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Dan sebagai permulaan, beliau diajar untuk menaip di notepad sebelum menggunakan program Microsoft Office.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mahir menaip, beliau mula diajar untuk menggunakan program Microsoft Office seperti Word, Excel dan juga Power Point. Beliau diajar cara seperti editing, menulis resume dan pelbagai lagi. Kemahiran komputer beliau semakin bertambah dan kemudian beliau menyertai kelas asas keusahawanan untuk menambah ilmu beliau mengenai pengaturcaraan keusahawanan.

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

Mempelajari cara membuat editing di dalam MicrosoftWord.

-    Mempelajari Microsoft Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

-     Mempelajari cara membuat logo dan katalog perniagaan.

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

-       PIK membantu membimbing pelajar membuat latihan.

-       Memberi kelas tambahan.

-       PIK membantu pelajar belajar menggunakan aplikasi baru.

 

Celik IT 2

   CELIK-IT-3

KK 2

 

NAMA: Kipli Bin Haji Ale

UMUR: 47 tahun

AHLI: 2017

PEKERJAAN: Peniaga Kecil Sepenuh Masa

 

Latar belakang

Berasal dari keluarga yang mempunyai perniagaan kedai runcit di Daerah Tebedu ini merupakan peniaga keturunan Melayu yang mula-mula mengusahakan perniagaan jualan burger dan keropok lekor secara kecil-kecilan. Dibantu oleh isteri beliau yang juga meminati perniagaan kuih-muih tempatan dimana beliau sendiri membuatnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50.00 – RM100.00 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas serta program keusahawanan yang dihadiri di Pusat Internet Tebedu, kini beliau telah mempromosikan gerai beliau menggunakan applikasi Facebook dan Whatssapp. Pendapatan bulanan beliau meningkat kepada RM 200.00 -RM 500.00

 

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Kursus Keusahawanan.

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi.

-       Mencari menu-menu baru untuk pelbagaikan jenis kuih-muih yang dijual.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI membantu mempromosikan produk buger yang pelbagai jenis.

-       Memberi kelas tambahan memohon bantuan kewangan daripada agensi kerajaan.

 

6

 

 

Anita 4

 

NAMA : ANITA BINTI FAUZI 

UMUR: 34 TAHUN

AHLI : 2019

PEKERJAAN : SURI RUMAH DAN PETANI 

Latar belakang

Puan Anita adalah seorang surirumah sepenuh masa sebelum ini. Beliau meminati bidang pertanian dengan menanam sayur-sayuran, ubi kayu, pisang, padi dan lada hitam di kebun. Masa lapang beliau suka memasak kerepek pisang dan ubi untuk makanan beliau sekeluarga sahaja.

Atas permintaan penduduk kampung, beliau mula menceburi bidang pembuatan kerepek pisang dan ubi secara komersial untuk dihantar ke kedai-kedai di sekitar Kampung Insan Jaya, Temong Bengan dan Temong Putah. Beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum mengikuti asas perniagaan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti, beliau hanya memperolehi pendapatan sekitar RM 150 .00 hingga RM 200.00 sahaja untuk 1 bulan. Pasaran kerepek beliau hanya sekitar Kampung Insan Jaya, Bengan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mengikuti kursus keusahawanan oleh pihak Pusat Internet Komuniti Tebedu, beliau bersemangat untuk memasarkan produk melalui applikasi atas talian. Atas latihan dan bengkel yang dihadiri di Pusat Internet Komuniti, kini beliau telah mendaftar akaun Facebook dan Shoppee. Ketika ini tempahan banyak melalui applikasi facebook dan whatssap apabila pelanggan tempatan disini melihat produk buatan sendiri. Pendapatan beliau kini bertambah dan meningkat terutama bila musim perayaan anggaran mencecah RM 400.00 hingga RM500.00 untuk 1 bulan.

Apa yang dipelajari melalui PIK

     -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook dan Whatssap

-       Mempelajari Ms. Office (Excel) bagi merekod dan memudahkan pengiraan stok produk dan pengiraan untung/rugi hasil jualan produk.

-       Mempelajari cara mengambil order melalui Facebook, Whatssap dan Web Shoppe

-       Mempelajari untuk muat-turun gambar ke Facebook, Whatssap dan web Shoppee. 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PIK membantu mempromosikan produk pelbagai kerepek buatan beliau.

-       Memberi kelas tambahan dan bengkel keusahawanan dari semasa.

-       Memberi bimbingan untuk beliau menghasilkan video pembuatan kerepek beliau untuk di upload.

-       Membantu beliau untuk mempelajari teknik-teknik pemasaran dalam talian.

 

 

Anita 1 Anita 3

 

DALIN-1

 

NAMA: Dalline Rachel Anak Peter

UMUR: 37 tahun

AHLI: 2012

PEKERJAAN: Petugas Pos Malaysia Cawangan Serian

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Dalin merupakan seorang usahawan separuh masa dimana beliau juga seorang wanita yang bekerja. Beliau kini sedang giat menjalankan perniagaan keluarga beliau iaitu penghasilan madu daripada tebu. Produk yang dihasilkan adalah asli iaitu tanpa bahan pengawet. Selain itu, beliau juga merupakan seorang dropship menjual susu kolestrum iaitu Susu C2Joy. Beliau juga pernah mendaftar sebagai ahli E-Rezeki di PIK Tebedu bersama suami beliau. Beliau mengambil peluang dengan memanfaatkan kelebihan PIK dalam membantu beliau menjalankan perniagaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau hanya bergantung dengan pendapatan utama beliau iaitu daripada pekerjaan hakiki beliau dimana ianya tidak cukup terutama jika berlaku hal-hal kecemasan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau bersama suami mengikuti program E-Rezeki di PIK Tebedu. Melalui program tersebut beliau membuat pekerjaan sampingan. Pekerjaan yang dilakukan adalah berkaitan dengan perniagaan iaitu menjadi droship bagi sesuatu produk. Melalui program tersebut beliau mendapat idea untuk menjalankan perniagaan. Pendapatan sampingan beliau sekarang kadang-kadang mencecah RM500- RM800.

Apa yang dipelajari melalui PIK

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB.

-       Mengikuti Program E-Rezeki.

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PIK menyediakan platform untuk mempromosikan perniagaan.

-       Menyediakan program-program untuk meningkatkan ilmu keusahawanan.

-       PIK membantu mempromosikan video penghasilan madu tebu asli.

 

DALIN-2  DALIN-5 

leony 1

 

NAMA : PUAN LEONY ANAK KUWAK 

UMUR : 49 TAHUN

AHLI : 2016

PEKERJAAN : GURU DAN KRAFTANGAN TRADISIONAL BIDAYUH  

 

Latar belakang

Puan Leony merupakan seorang yang amat berminat dengan bidang perniagaan. Sebelum ini, beliau telah pun dipilih untuk Kisah Kejayaan bagi PIK Tebedu pada tahun 2017. Tetapi beliau tidak lama menjalan perniagaan cendawan tiram beliau disebabkan atas kekangan yang tertentu. Kemudian, beliau beralih kepada pembuatan kraftangan Sarawak memandangkan beliau memang berminat menghasilkan kraftangan serta mempunyai kemahiran. Oleh itu, beliau menjadikan bakat serta kemahiran untuk membantu beliau di dalam bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Leony amat berminat berniaga tetapi beliau masih belum kekurangan dari segi kemahiran ICT, kemahiran berniaga dan beberapa kemahiran seperti suntingan gambar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama 3 tahun penglibatan dengan PIK, kini beliau menjadi salah seorang daripada pembekal kraftangan Sarawak kepada salah satu agensi pelancongan di Singapura iaitu Sarawak Tourism.

Apa yang dipelajari melalui PI

     -       Membuat invois, delivery order dan pelbagai lagi.

-       Mengikuti kursus penyuntingan gambar produk untuk tujuan promosi.

-       Mengikuti kursus pembuatan kraftangan manik Sarawak.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

     -       Petugas membantu serta membimbing bagaimana menyediakan invois jualan dan delivery notes.

-       Petugas sentiasa memaklumkan kursus-kursus yang boleh meningkat kemahiran berniaga kepada beliau.

-       Petugas menganjurkan kursus pembuatan kraftangan manik corak Sarawak di PIK.

     -       Petugas membantu serta membimbing cara-cara penggunaan aplikasi “Video Conference” seperti Google Meet

              dan Zoom, di mana memudahkan beliau bersemuka secara maya dengan pelanggan dan pelanggan/klien.

 

 leony 2leony 3