Taraf kemudahan asas di sekitar Daerah Tebedu di tahap yang memuaskan dan baik sejak akhir-akhir ini. Kemudahan asas seperti jalanraya bertar, sekolah, pejabat daerah, balai polis ada terdapat di Daerah Tebedu kini. Selain itu, bekalan tenaga elektrik dan sumber air paip bersih disediakan 24 jam seharian kepada penduduk di sekitarnya.

Daerah Tebedu juga ada mempunyai kemudahan Dewan Masyarakat di tengah Bandar Mutiara Tebedu bagi mengadakan acara dwi-tahunan yang menjemput seluruh penduduk daerah ini. Antaranya Program Sokse Malindo dan Pemimpin Bersama Rakyat yang sering diadakan di dewan ini. 

 

Dewan Masyarakat, Menara Jam, Mencu Tanda Bandar Mutiara Tebedu 

Rumah-rumah ibadah bagi penganut-penganut agama tertentu ada disediakan di Daerah Tebedu ini. Dimana terdapat masjid, gereja dan tokong cina ada didirikan bagi kemudahan penganut-penganutnya menunaikan ibadah masing-masing. Di Daerah Tebedu ini terdapat 5 buah kampung bidayuh-Islam yang berjiran dengan kampung-kampung bidayuh yang bukan Islam iaitu Kampung Muhaijirin-Kuhom, Kampung Darul Iman, Kampung Insan Jaya-Benga, Kampung Darul Fallah-Temong dan Kampung Darul Huda-Tepoi. Kemudahan masjid dan surau ada disediakan d kampung-kampung ini.

 

 

Gereja St Augustien, Kampung Tebedu Mawang

Antaranya Masjid terletak di Kampung Darul Iman/Tebedu, Gereja Holy Cross di Pasar Baru Tebedu dan Tokong Cina di Jalan Pasar Lama Tebedu disediakan oleh kerajaan tempatan. Ini memberi kemudahan kepada penganut-penganut agama Islam, Kristian dan Tiongua untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing dengan aman sentosa.

Tokong Cina, Pasar Lama Tebedu

Perpustakaan Awam Daerah Tebedu Di Pasar Lama Tebedu

Pejabat Daerah Tebedu Dan Kuartes Kakitangan Pejabat Daerah Tebedu