Papan Tanda Masuk Balai Polis Daerah Tebedu ( Bandar Mutiara Tebedu)

Memandangkan Daerah Tebedu terletak di sempadan antara Malaysia/Tebedu – Indonesia/Entikong, kerajaan negeri dan pusat menempatkan sebuah Balai Polis Tebedu bersama perumahan kakitangan di Bandar Mutiara Tebedu ini. Turut ditempatkan juga Pasukan Polis Gerakan Am yang mengawal pintu sempadan masuk-keluar antara Tebedu-Entikong setiap hari.

Malahan kerjaan turut membina sebuah kem tentera yang diteraju Rejemen Tentera Darat Diraja Malaysia yang berpusat di Pasar Tebedu Lama. Mereka mengawal serta membuat rondaan di dalam hutan sekitar sempadan Tebedu-Entikong untuk mencegah aktiviti penyeludupan orang dan barangan lari cukai dari Indonesia.  

Bangunan Pejabat Pentadbiran Dan Sel Tahanan
     

                                                           Pos Kawalan Keselamatan Pasukan Gerakan Am CIQ Tebedu                Pusat Khidmat Komuniti Rela Kampung Tebedu

Pintu Sempadan Tebedu-Entikong