Daerah Tebedu Bandar Mutiara

 

Mercu tanda ini memaparkan Kepala Burung Kenyalang di lingkari oleh sebiji mutiara putih melambangkan icon burung kebangsaan negeri Sarawak Ibu Peritiwiku. Mercu tanda ini dibina oleh Majlis Daerah Serian sebaik sahaja Daerah Tebedu diumumkan sebagai sebuah daerah pada Oktober 2016 oleh Yang Berhormat Datuk Amar Michael Manyin Anak Jawong, Adun Daerah Tebedu.

Lokasi kedudukan Pejabat Daerah Tebedu yang terletak di bahagian belakang Pasar Tebedu, Bandar Mutiara. Sempena Pasar Tebedu yang telah di iktiraf sebagai sebuah bandar yang dianugerah namanya sebagai "Tebedu Bandar Mutiara"pada 7 Ogos 1993 oleh Ketua Menteri ketika itu. Perletakan Batu Asas Bandar Baru Tebedu yang dinamakan Bandar Mutiara oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. 

     

Dato Sri (Dr) Richard Rioat Anak Jaem, Ahli Parlimen Serian P199 Serian 

Datuk  Amar Michaeal Manyin Anak Jawong Ahli Undangan Negeri Sarawak  N 21 Tebedu, Daerah Tebedu

   

     

Mercu Tanda Bandar Tebedu dan Pejabat Daerah Tebedu di Bandar Mutiara Tebedu

Peta Lokasi Daerah Tebedu, bersempadan dengan Entikong, Indonesia

 Yang Berhormat Datuk Amar  Michael Manyin Anak Jawong, Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Tebedu (N.21)

   

    

Wakil Rakyat Daerah Tebedu (Adun N 21 ), Yang Berhormat Datuk Amar Michael Manyin Anak Jawong bersama masyarakat setempat

    

Wakil Rakyat Parlimen Daerah Serian/Tebedu, Dato Sri' (Dr)  Richard Riot Anak Jaem hadir Majlis Program Pemimpin Bersama Rakyat di sekitar Bandar Serian

dan Kampung.

 

Peta Lokasi Daerah Tebedu Dan Lokasi Pusat Internet Komuniti Tebedu

{}

 

  1. Pengenalan Am : Daerah Tebedu
   1.

Keluasan Geografi

 421 kilometer persegi
   2.

Jumlah Penduduk

9,744 orang berdasarkan Banci 2000.

   3.

Status Lokasi

Pintu masuk antarabangsa Malaysia/Tebedu – Indonesia/Entikong dengan sempadan bersama sepanjang 44km.

   4.

Pejabat Daerah Tebedu Lama

Diwujudkan pada tahun 1974 di Pekan Lama Tebedu.

   5.

Pejabat Daerah Tebedu Baru

Dibina pada tahun 1998 dan siap pada tahun 2000 terletak di pusat Bandar Mutiara, Tebedu dengan kos pembinaan RM734,290.00

   6.

Lagenda Tempatan

Nama Tebedu berasal dari perkataan ‘Batuh Badu’ (bahasa Bidayuh) yang bermaksud ‘Batu Kering’. Batu laluan ini terletak di antara Kampung Kujang Mawang dan Kampung Tesu Mawang yang diceritakan tidak pernah ditenggelami air bah walaupun banjir melanda disekeliling kawasan ini.

   7.

Jabatan/Agensi Kerajaan

  1. Jabatan Imigresen, CIQ Tebedu
  2. Jabatan Kastam, Hasil & Penguatkuasa, CIQ Tebedu
  3. Bahagian Kurantin, Pertanian CIQ Tebedu
  4. Bahagian Kesihatan CIQ Tebedu
  5. Jabatan Pengangkutan Jalanraya, CIQ Tebedu
  6. Klinik Kesihatan Tebedu
  7. Klink Kesihatan Pengkalan Amo
  8. Balai Polis Diraja Tebedu
  9. Jabatan Pertanian Tebedu
  10. Pos Malaysia Berhad, Tebedu
  11. Jabatan Pendaftaran Negara, Tebedu
  12. Pejabat Salcra Tebedu
  13. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, CIQ Tebedu
  14. Kem Askar Tentera Darat Diraja Malaysia Tebedu
  15. Bekalan Air Tebedu, Jabatan Kerjaraya Sarawak
  16. Balai Polis Gerakan Am, CIQ Tebedu
   8.

Jumlah Kampung Daerah Tebedu

 30 buah

 

9.

Sekolah Rendah

13 buah:

1. SK Tebedu

2. SK Temong

3. SK Tepoi

4. SK Entubuh

5. SK Kujang Mawang

6. SK Gahat Mawang

7. SK Pengkalan Amo

8. SK Tesu

9. SK Kujang Sain

10. SK Sejijag

11. SK Tema

12. SK Sungai Sameran

13. SK Sungan

10.

Sekolah Menengah

1 buah (SMK Tebedu)

11.

Lot Kedai

Pasar Tebedu Lama :6 buah Kedai Makan

Bandar Mutiara Tebedu : 60 buah lot kedai

12.

Stesen Minyak

1 buah : Pam Stesen Petronas

13.

Kegiatan Ekonomi Utama

Petanian : 88%

Buruh Swasta : 5.08%

Kakitangan Awam : 3.66%

Kakitangan Swasta : 2.29%

Perniagaan : 0.74%

Lain-lain : 0.03%

14.

Sistem Perhubungan

Semua kampung boleh dihubungi dengan menggunakan jalanraya atau jalan kampung.

15.

Liputan Telekomunikasi

4 buah : Telekom, Celcom, Maxis dan Digi

16.

Kemudahan Elektrik

30 buah kampung termasuk Bnadar Mutiara Tebedu dari Syarikat SECSO Berhad /Sarawak Energy

         

1.

ADUN /Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (N.21Tebedu)

 

Yang Berhormat Datuk Amar Michael Manyin Anak Jawong, Menteri Pendidikan, Sains Dan Penyelidikan Teknologi Negeri Sarawak.Merangkap DUN N 21 Tebedu

2.

Parlimen P199 Serian

 

Yang Berhormat Dato’Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem,Duta Khas Perdana Menteri Malaysia Ke Asia Timur Bertaraf Menteri(Jepun,KoreaSelatan, Taiwan) Merangkap Ahli Parlimen Serian P 199.

     

Lawatan YB Datuk Amar Michael Manyin Anak Jawong Ke Dewan Masyarakat Kampung Temong Putah di Daerah Tebedu pada tahun 22 September 2015 untuk Program Kem I Want, Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Peringkat Bahagian Serian 2015.

 

Struktur Pentadbiran Pejabat Daerah Tebedu

VISI PEJABAT DAERAH TEBEDU

 

Pintu Utama dan Ruang Kaunter Depan Pejabat Daerah Tebedu

Cenderahati dan Kraftangan dari penduduk Daerah Tebedu

Peneraju Jentera Pentadbiran

MISI PEJABAT DAERAH TEBEDU

Dan Pembangunan Yang Unggul

                                                                                                                                        

Untuk mencapai visi yang telah termaktud, maka kami dengan ini bertekad:

“Mengukuh kebolehpercayaan system penyampaian perkhidmatan dalam pentadbiran pembangunan”

Melalui:

  1. Memantapkan infra dan infostruktur
  2. Membudayakan penyampaian perkhidmatan  yang cemerlang dalam membangunkan Daerah Tebedu.
  3. Menjadi ejen penggerak perubahan kea rah melahirkan masyarakat yang inovatif, progresif dan infomatif.
  4. Memperkasakan keupayaan modal insane (capacity building).
  5. Meningkatkan penglibatan masyarakat.

 

Ruang Tamu dan Pembantu Tadbir yang bertugas di Pejabat Daerah Tebedu

Pentadbiran Daerah Tebedu menjanjikan pelanggan-pelanggan perkhidmatan yang telus, berkesan dan cekap seperti termaktub dalam Piagam Pelanggan Kita seperti di bawah:

  1. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Probet Wasiat diluluskan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  2. Permohonan Pindah Hakmilik Lesen Senapang patah (Shotgun) melalui probet dan semasa hayat yang lengkap akan diproses dengan serta-merta sebelumianya dirujuk kepada Pegawai Daerah untuk tindakan selanjutnya.
  3. Permohonan Permit Membeli Peluru Senapang Patah (Shotgun) akan disiapkan serta-merta.
  4. Pembaharuan Lesen Perniagaan akan dilakukan dengan serta-merta.
  5. Resit pembayaran akan dikeluarkan serta-merta bagi semua pungutan hasil dari orang awam.
  • Tempoh pemprosesan diatas tertakluk kepada boring permohonan adalah lengkap, mematuhi peraturan yang ditetapkan dan pegawai yang bertanggungjawab berada di pejabat.
  1. Pengesahan salinan fotostat Sijil/Dokumen akan dilakukan dengan serta-merta.
  2. Urusan Perakuan Bersumpah akan dilakukan dengan serta-merta.
  3. Baucar Pembayaran akan disediakan sebaik dahja bil-bil diterima.

 Pekan/Pasar Tebedu Lama : Dikenali sebagai Pasar Koboi

 

Deretan Kedai Separa Papan/Konkrit  di Pasar Tebedu Lama

Sebanyak 13 buah rumah kedai kayu musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku lewat petang 27 Ogos 2011. Hanya empat daripada 13 rumah kedai tersebut didiami manusia kerana sembilan kedai lain sudah pindah ke bandar baru Tebedu tidak lama lalu.Kedai sedia ada menggunakan lot kosong berkenaan untuk menyimpan barangan.

Peniaga di pasar lama Tebedu yang musnah dijilat api Sabtu lepas, terpaksa akur dengan hakikat bahawa mereka mungkin terpaksa berpindah dari tempat di mana mereka dan keluarga mereka tinggal dan berniaga selama 50 hingga 100 tahun. Pasar Lama Tebedu dipercayai berusia lebih seratus tahun, selepas ditubuhkan oleh sekumpulan peneroka Cina yang datang dari Singkawang dan Pontianak di Indonesia. (sumber dari The Boeneo Post 31.08.2011)

 

Pasar Lama tebedu terbakar pada 27 Ogos 2011

Tinggal Kenangan Sejarah : Deretan Kedai  di Pasar Lama Tebedu musnah di jilat api pada petang 27.8.2011

  

Jambatan Gantung Kampung Tebedu Bidayuh

Dewan Serbaguna Kampung Tebedu Mawang