Jalan Laluan Darat Pertama, Hubungkan Malaysia-Indonesia Dirasmikan

Pada hari ini dalam tahun 1991, apabila laluan darat yang pertama menghubungkan kedua-dua negara melalui Tebedu di Sarawak dan Entikong di Kalimantan barat dibuka dengan rasminya. Perasmian ini telah dilakukan bersama oleh Menteri Pertahanan Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dan Panglima Angkatan bersenjata Republik Indonesia (ABRI) Jenderal Tan Sri Try Sutrisno. Keduanya adalah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia - Indonesia yang dibawahnya terdapat Jawatankuasa Pembangunan Sosio Ekonomi Malindo yang mengendalikan projek-projek di sempadan. Di samping pembukaan laluan tersebut, kedua-duanya juga telah merasmikan bangunan kompleks imigresen masing-masing di Tebedu dan di Entikong.Di antara matlamat-matlamat penting pembinaan laluan darat itu ialah:-

  • Meningkatkan hubungan dagang khususnya antara usahawan tempatan dengan usahawan Indonesia dan industri pelancongan tempatan.
  • Menambahkan pembangunan di kawasan sempadan dan dengan itu kawasan tersebut tidak dapat dijadikan kawasan persembunyian oleh anasir-anasir jahat.

Laluan darat pertama yang menghubungkan Malaysia-Indonesia yang dirasmikan pada hari ini diharap akan memberi faedah bersama, sama ada dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan, sukan dan sebagainya di antara kedua-dua rakyat Malaysia dan Indonesia. Secara umumnya, ramai pelancong dari Indonesia berkunjungi ke Sarawak iaitu Bandaraya Kuching sama ada bercuti atau membeli-belah. Selain itu, pelancong dari Negara Brunei turut menggunakan pintu masuk Sempadan Tebedu-Entikong untuk melancong ke Kalimatan Barat iaitu ke Bandar Pontianak.

 

Foto 1 : Pintu Masuk Utama Malaysia/Tebedu ke Indonesia/Entikong

 

KLB Garden, Tebedu

KLB Garden adalah merupakan sebuah zoo mini , ladang argo. Terletak di Jalan Tebedu-Serian, KLB Garden merupakan sebuah zoo mini, ladang agro. Ianya terletak 90 kilometer daripada Bandar Kuching, perjalanan sampai ke KLB Garden Tebedu memakan masa dalam lebih kurang 1 setengah jam sahaja. Buat pengetahuan, anda juga boleh ke KLB Garden dengan menggunakan bas di Kuching Sentral.

   

Foto 2 : KLB Garden, Tebedu