KENALI PETUGAS PEDi
PENGURUS
Nama: | Vee Fely Anak Malek |
Mula Berkhidmat: | 18 November 2016 |
PENOLONG PENGURUS
Nama: | Zakini binti Ale |
Mula Berkhidmat: | 01 November 2009 |
RAKAN DIGITAL PEDi
Nama : | Lidiyawati Anak Johny |
Mula Berkhidmat : | 01 November 2023 |
MAKLUMAT PEDi TEBEDU
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
PEDI Tebedu atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Tebedu terletak di sebuah kampung bidayuh iaitu Kampung Insan Jaya, Bengan. Lokasi pusat ini berada di salah satu Rumah Komuniti Desa di Kampung Insan Jaya, Bengan adalah merupakan sebuah perkampungan Bidayuh-Islam.
Dengan adanya kemudahan PEDi Tebedu yang berada di kampung ini, telah banyak memberi manfaat terhadap komuniti setempat terutamanya kampung-kampung sekitarannya. Kampung-kampung yang berdekatan adalah Kampung Temong Bengan, Kampung Darul Iman, Kampung Temong Putah, Kampung Temong Mura, Kampung Temong Mawang, Kampung Darul Falah, Kampung Darul Huda dan Kampung Tepoi.
PEDi Tebedu telah berpindah ke tapak baharu iaitu terletak di Pasar Baru Tebedu sejak tahun 2015 (26.12.2015) lagi hingga sekarang. Kini, PEDi Tebedu merupakan pusat sehenti bagi komuniti di Daerah Tebedu iaitu dari Kampung Tubih sehingga Kampung Mapu sama ada untuk tujuan pembelajaran secara maya, urusan rasmi komuniti secara "online", penyediaan kemudahan bagi komuniti sekitar dan lain-lain lagi.
Untuk makluman lokasi PEDi Tebedu yang baru ini berdekatan dengan Pasar Tebedu, Pejabat Daerah Tebedu, Balai Polis Tebedu, Jabatan Pendaftaran Tebedu,CIQ Polis Gerakan Am Tebedu, Klinik Kesihatan Tebedu, SMK Tebedu, SK Tebedu, SK Entubuh dan lain-lain agensi kerajaan serta swasta.
OBJEKTIF PENUBUHAN:
-
Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
-
Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
-
Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti.
-
Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
-
Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:
|
|
|
|
|
JUMLAH KEAHLIAN TERKINI:
Ahli Berdaftar sehingga November 2023 | 1,302 orang |
Ahli Berdaftar Netbook | 510 orang |
GAMBAR BAHAGIAN LUARAN & DALAMAN PEDi TEBEDU
![]() |
![]() |
Foto 1: Pintu Keluar PEDi | Foto 2: Pintu Masuk PEDi |
![]() |
![]() |
Foto 3: Depan Kaunter PEDi | Foto 4: Surfing Area |
![]() |
Foto 5: Bilik Latihan PEDi Tebedu |
Alamat lokasi baru Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tebedu adalah seperti berikut:-
LOT 28, BLOCK 8,
KAYAN LAND DISTRICT, C/O PASAR BARU TEBEDU BANDAR MUTIARA,
JALAN UTAMA TEBEDU
94760 TEBEDU