“ Kisah Anak Tebedu ”

(Dari Sumber Cerita Rakyat Asal Kaum Bidayuh Daerah Tebedu)

   

Bermulanya penempatan masyarakat bidayuh di bumi Tebedu yang dahulunya dipenuhi dengan hutan tebal dan bergunung-ganang. Kawasan Daerah Tebedu ini subur tanahnya dan sesuai untuk dijadikan tempat pertanian padi dan buah-buahan pada zaman dahulu kala. Penempatan awal adalah di tepi sungai yang menjadi punca sumber air mereka.

Fakta Sejarah Awal Daerah Tebedu (sumber:wikipedia)

Asal usul Anak Tebedu adalah berasal dari " Bugau Temawang Tampun " yang kini terletak di kawasan Kalimantan Barat Indonesia . Pada sekitar tahun 1600 mereka telah berpindah ke Temawang Rutoi dikenali sebagai "Sinangkan Guyun" lalu menetap di situ selama beberapa generasi. Selepas 12 keturunan Anak Tebedu tinggal di Temawang Rutoi, Anak Tebedu telah berpindah ke Tujog. ( Kawasan sekarang terletak di tengah antara kawasan Kampung Kujang dengan Kampung Tesu ).