Tarikh : 29 Ogos 2020 Hari/Masa : Sabtu / 9.30pagi - 12.30 tengah hari Peserta : 6 orang (Pelajar Sekolah Menengah) Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana membuat poster kreatif dengan menggunakan apllikasi Canva. Dengan ini peserta belajar kemahiran untuk mencipta poster sendiri berpandukan teknik-teknik yang di ajar oleh petugas Pusat Internet ini. Kemahiran ini adalah merupakan satu peluang untuk mereka mengasah idea dan kreativiti sendiri di masa depan.
Aktiviti:
Peserta dibimbing oleh petugas dengan menggunakan apllikasi Canva dimana para peserta memilih latarbelakang, gambar,imej dan menaip kata-kata atau cogan kata di poster masing-masing. Disini para peserta berpeluang untuk memilih sendiri corak dan warna pilihan berpandukan tajuk yang diberi oleh petugas.