Tarikh : 30 Ogos 2020 Hari /Masa : Ahad / 9.30pagi - 1.00 tengah hari Peserta : 8 orang (Sekolah Rendah) Tempat Bilik Latihan |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah untuk mencipta poster kreatif mereka sendiri. Para peserta program berpeluang untuk belajar applikasi yang baru dan mengetahui bagaimana untuk mencipta poster yang menarik. Mereka belajar menggunakan applikasi Canva bagi reka bentuk poster yang berkaitan dengan peranan Pusat Internet kepada komuniti.
Aktiviti :
Para peserta diajar bagaimana untuk menggunakan applikasi Canva secara peringkat dari mula memilih reka bentuk, imej, warna dan susun atur objek yang berkaitan dengan tajuk poster. Selepas para peserta telah siap reka bentuk dan warna, mereka diajar untuk menyimpan poster mereka dalam fail secara talian dengan menggunakan email sendiri.