Tarikh : 12 Januari 2021 (Selasa)

Masa : 2.00 petang - 4.30 petang

Peserta : 1 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia)

Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Tebedu

Tujuan:

Menyediakan latihan asas keusahawanan kepada komuniti agar mereka berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Ini akan memupuk semangat untuk menjadikan bidang perniagaan sendiri sebagai pendapatan sampingan atau tetap untuk diri sendiri dan keluarga. Dengan adanya kelas ini, dapat membantu komuniti untuk meningkatkan taraf sosia-ekonomi mereka tanpa terlalu bergantung dengan pekerjaan di sektor kerajaan ataupun swasta.

 

Aktiviti:

Komuniti diberikan penerangan secara lisan menggunakan modul yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Internet Tebedu menggunakan nota paparan di skrin. Petugas akan memberi latihan berdasarkan modul yang sedia ada untuk komuniti mudah untuk memahami sukatan pembelajaran yang disampaikan.

 

Gambar disini