Nama Aktiviti : Taklimat Informasi PEDi Tebedu, Perbincangan dan Perlaksanaan Pakej Rangkaian PUDO Tarikh : 12 Disember 2022, Isnin Masa : 12.00 tengah hari Tempat : Bilik Latihan Kehadiran : 20 orang pegawai (MCMC Sarawak, ECD, ParcelHub, Shopee dan i-CATS Sarawak) |
Tujuan:
i. Membincangkan pakej rangkaian yang sesuai dijalankan di PEDi.
ii. Membantu usahawan-usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka ke luar secara komersial.
iii. Menjadikan PEDi sebagai pusat pengumpulan produk-produk tempatan yang dihasilkan sendiri oleh usahawan.
iv. Membantu meningkatkan pendapatan usahawan dari semasa ke semasa.
Aktiviti :
-> Taklimat oleh Pengurus PEDi kepada pegawai-pegawai yang hadir dalam sesi perbincangan tersebut.
-> Memberi cadangan serta idea untuk melaksanakan pakej rangkaian yang sesuai untuk usahawan tempatan.
->Menjadikan PEDi sebagai pusat rujukan bimbingan usahawan tempatan.