Nama Program : Kelas Asas Keusahawanan Lepasan Sijil Pelajaran Tarikh : 2, 3, 4 Mei 2023, Selasa, Rabu dan Khamis Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Bilik Latihan Peserta : 4 orang |
Tujuan :
a) Melatih komuniti terutama remaja mahir dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan diperingkat awal.
b) Menjadikan perniagaan salah satu pendapatan bulanan untuk meningkatkan sosio-ekonomi komuniti setempat.
c) Menyediakan pembelajaran bidang keusahawanan yang asas serta mudah diamalkan oleh komuniti.
d) Membantu usahawan-usahawan tempatan untuk meningkatkan pemasaran secara atas talian.
Aktiviti :
i) Teori asas perniagaan akan diterangkan oleh petugas PEDi kepada komuniti dengan mengguna bahasa yang mudah difahami iaitu Bahasa Melayu.
ii) Latihan adalah berdasarkan dalam modul yang disediakan oleh pihak PEDi kepada komuniti
iii) Komuniti akan belajar menggunakan perisian-perisian yang biasa digunakan dalam bidang perniagaan iaitu Microsoft Office dan Canva.
iv) Ujian penilaian akan diadakan apabila komuniti tamat sesi modul pembelajaran dari petugas PEDi.