Nama Aktiviti : Sesi Pendaftaran Pelajar Ke Tingkatan Satu Sesi 2024 Oleh Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Temong, Tebedu Tarikh : 20 November 2023, Isnin Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Latihan PEDi Kehadiran : 25 orang (Ibubapa Pelajar) |
Tujuan :
i. Mendaftar murid-murid Tahun 6 untuk kemasukan ke tingkatan satu pada tahun depan iaitu tahun 2024 secara atas talian melalui pautan laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii. Memudahkan kelulusan semakan untuk pelajar-pelajar yang telah mendaftar sebelum ini oleh pihak sekolah.
iii. Segala data murid dan ibubapa dilengkapkan dalam borang atas talian untuk memudahkan guru-guru memantau pendaftaran murid-murid mereka.
iv. Mengelakkan keciciran nama-nama pelajar yang sepatuhnya memasuki tingkatan satu pada tahun depan.
Aktiviti :
a. Ibubapa diberikan setiap set komputer untuk mendaftar anak masing-masing dengan bantuan guru-guru kelas pelajar.
b. Guru akan memastikan ibubapa telah mengisi semua data mereka dalam sistem yang telag ditetapkan oleh kementerian.
c. Ibubapa boleh membuat semakan secara atas talian apabila mereka telah mendapat ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum oleh pihak sekolah.