Nama Program : Bicara oleh Pegawai SEDC Cawangan Serian Tarikh : 24 Februari 2024, Sabtu Masa : 11.00 pagi Tempat : Bilik Latihan Peserta : 8 orang (Usahawanita Daerah Tebedu) |
Tujuan :
~ Menyalurkan maklumat berkenaan dengan peranan SEDC dalam membantu para usahawan tempatan.
~ Menyenaraikan geran -geran bantuan yang boleh di pohon oleh para usahawan yang telah mempunyai lesen perniagaan yang sah.
~ Memberi tunjuk-ajar cara mengisi borang geran SEDC dengan betul dan kemas.
Aktiviti :
~ Pegawai SEDC memberikan taklimat menggunakan slide yang telah disediakan untuk sesi pengenalan kepada para usahawan.
~ Selepas itu, diadakan sesi soal-jawab diantara pegawai bersama dengan para usahawan jika ada sebarang kemusykilan berkenaan dengan bantuan peralatan atau dana modal.
~ Pegawai SEDC mengedarkan borang geran kepada para usahawanan yang berminta untuk memohon secara percuma.