Nama Aktiviti : Kelas Asas Keusahawanan Belia Tarikh : 1,2,3,5 April 2024, Khamis Masa : 2.30 petang Tempat : Bilik Latihan Kehadiran : 4 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) |
Tujuan :
a) Melatih bakal-bakal usahawan muda yang berkebolehan untuk membangun perniagaan sendiri di masa depan.
b) Mengasah minat para belia untuk menceburi bidang perniagaan atas talian secara kecil-kecilan di peringkat awal.
c) Menyediakan platform media periagaan kepada para belia yang baru hendak berjinak-jinak menjalankan perniagaan sendiri.
d) menyemai keyakinan kepada komuniti bahawa perniagaan secara atas talian atau bersemuka boleh dijadikan pendapatan bulanan atau mingguan.
Aktiviti :
i) Komuniti didedahkan dengan latihan merangka kertas kerja perniagaan yang mudah serta senang difahami selok-belok perniagaan semasa.
ii) Latihan membuat poster dan katalog produk-produk perniagaan yang bakal dibangunkan oleh komuniti sendiri secara atas talian.
iii) Penggunaan applikasi yang baru diajar kepada komuniti agar mudah mereka mempromosikan produk-produk mereka di media sosial.
iv) Kemahiran cipta-reka dan edit slide pembentangan perniagaan oleh komuniti sendiri.