Nama Usahawan : Puan Nurul Asyikin Anasia@ Lucia Bt Abdullah

Umur: 44 tahun

Bangsa: Bidayuh

Produk : Pekasam Ikan,Belacan dan Ikan Masin

Alamat: Kampung Kujang Mawang,94760 Tebedu, Serian,Sarawak

 

Latar Belakang;

Beliau juga adalah balu dan ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak (lelaki dan perempuan) yang berminat dalam kerja-kerja pertanian. Selepas berpindah tinggal di Kampung Kujang Mawang setelah suami beliau meninggal dunia, beliau banyak menghabiskan masa dengan bercucuk tanam dan memelihara ternakan ikan kolam dan itik telur. Untuk menjana pendapatan harian, beliau menjalankan jualan ikan masin, belacan dan pekasam ikan buatan sendiri kecil-kecilan di kampung. Beliau baru sahaja memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2019 ini, dengan dibantu oleh kakak beliau sendiri. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Tebedu untuk mendapatkan resepi pemprosesan ikan segar kepada ikan masin dan pekasam serta menonton Youtube Kisah-Kisah Kejayaan Usahawan Tani dan Ternakan semasa. Selain itu, beliau juga ada memasarkan produk ikan pekasam, belacan dan ikan masin untuk di jual sekitar daerah Tebedu ini.