USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN ONLINE

NAMA : MALILICHI TAY

UMUR : 38 TAHUN

AHLI : 2017                                                   

PEKERJAAN : PENIAGA KEDAI RUNCIT

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH

 

Latar Belakang

         Puan Malichi merupakan seorang usahawan muda yang mula bergiat secara aktif terutamanya di dalam laman sesawang Facebook. Mula-mula beliau tidak berasa yakin kerana beliau tiada ilmu usahawan malah agak baru mengenali internet. Tetapi selepas penglibatan dengan PI Tebedu, Puan Malichi mula berasa yakin malah kini beliau mempunyai pendapatan sampingan. Puan Malichi sentiasa mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh PI Tebedu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ICT beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau agak kekok menggunakan internet untuk pertama kalinya terutamanya melalui telefon pintar. Malah pelanggan beliau juga agak kurang. Ini disebabkan beliau hanya mempromosikan di sekitar kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI 

Beliau berjumpa dengan salah seorang petugas, menyatakan hasrat ingin belajar menggunakan internet dan mempelajari selok-belok berniaga. Selepas mempelajari asas penggunaan internet dan keusahawanan, akhirnya beliau kini mahir menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon sebagai platform perniagaan beliau. Malah, beliau juga mendapat ramai pelanggan berbanding dengan yang sebelumnya.

 Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Mengikuti bengkel keusahawanan di PI Tebedu

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- Memberi bengkel keusahawanan atas talian
- Memberi kelas tambahan


31