USAHAWAN BURGER & ROTI CANAI

NAMA : ZAMBRI ALE                       

UMUR : 37 TAHUN

AHLI : 2017

PEKERJAAN : PENIAGA GERAI MAKAN & MINUMAN   

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH

 32

Latar Belakang

Encik Zambri Ale @ Jamboi, seorang usahawan burger dan roti canai sepenuh masa dimana beliau mengahasilkan menu burger dan roti canai yang berbagai yang dibuat sendiri oleh beliau sendiri. Beliau turut dibantu oleh isteri yang juga mempunyai gerai makan di Inland Port Tebedu. 

Hasil produk makanan yang dikeluarkan oleh Encik Zambri Ale dibeli dan ditempah oleh komuniti di sekitar daerah Tebedu ini. Menu yang masih panas menjadi tarikan bagi sesiapa yang mahu merasainya. Pelanggan-pelanggan beliau terdiri dari komuniti daerah Tebedu dan Indonesia yang selalu sarapan pagi di cafe beliau.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan dengan PI

Sebelum mahir dalam bidang ICT, beliau kurang dikenali oleh komuniti setempat. Kini setelah mendapat bimbingan petugas PI Tebedu, beliau boleh membuat facebook dan email sendiri. Dimana beliau kurang berminat untuk melayari internet dan perniagaan secara online.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan dengan PI

Melalui kelas latihan ICT/ keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Tebedu, beliau telah mempromosikan perniagaan beliau kepada komuniti setempat daerah Tebedu khususnya. Sebelum ini, pendapatan harian beliau antara RM30-RM50 sahaja. Kini pendapatan beliau agak meningkat antara RM50-RM70 bagi sehari jualan di CafĂ© Jamboi-Mira apabila mempromosikan dalam facebook beliau.

 Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Whatsapp.
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi perniagaan makanan yang diusahakan oleh beliau.
- Mempelajari cara-cara baru resepi menu burger dan roti canai melalui Youtube.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk.
- Memberi kelas tambahan ICT yang terbaru.
- Membantu mempromosikan Video tentang perniagaan saya di Youtube dan Portal PI Tebedu.
- Membantu secara berterusan untuk menjadi usahawan yang Berjaya dari semasa ke semasa