Usahawan Ternakan Ayam

NAMA : DARI ANAK LAPENG   

UMUR  :  49 TAHUN

AHLI  : 2017

PERKERJAAN : PETANI

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH

Latar belakang

           Puan Dari mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan bermula dari tahun lepas iaitu tahun 2016. Beliau merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak dimana dua orang anaknya masih bersekolah. Untuk menambah pendapatan keluarga, selain pertanian, beliau juga bekerja di kantin sekolah pada hari persekolahan. Manakala, pada hujung minggu, beliau akan pergi ke huma. Akan tetapi, beliau masih kekurangan wang perbelanjaan maka timbul niat beliau untuk membuat perniagaan ternakan ayam. Beliau cuba memohon skim bantuan melalui perkhidmatan PI Tebedu. Pihak PI Tebedu membantu beliau membuat surat permohonan sehinggalah beliau mendapat skim bantuan berkenaan pada tahun lepas. Beliau dibekalkan dengan 100 ekor anak ayam beserta baja dan juga khidmat membuat reban ayam beliau. Beliau menyatakan hasrat untuk mempelajari E-Keusahawanan kepada Pengurus PI Tebedu supaya beliau dapat mengendalikan perniagaan beliau.

        Beliau kini mengikuti latihan E-Keusahawanan bersama dengan Pengurus PI Tebedu di rumah beliau sendiri. Ini kerana, beliau tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk pergi ke Pusat Internet (PI). Tetapi melihat kepada semangat beliau ingin mempelajari kursus E-Keusahawanan maka pihak PI sanggup ke rumah beliau untuk mengajar beliau. Beliau dibekalkan dengan notebook daripada pihak PI Tebedu. Pada musim perayaan Gawai lepas, beliau mula menjual ayam-ayam beliau. Beliau mendapat ramai pelanggan terutamanya daripada penduduk kampung beliau sendiri. Beliau kini mempunyai ilmu keusahawanan malah mampu mengurus perniagaan beliau dengan bantuan anak-anak beliau. Beliau amat berterima kasih dengan pihak PI Tebedu kerana sudi membantu beliau dari awal perniagaan sehingga kini. Malah kini, beliau mempelajari untuk membina blog perniagaan beliau sendiri bersama dengan pihak PI Tebedu. Disebabkan perniagaan beliau yang laris pada musim Gawai yang lepas, kini beliau akan dibekalkan dengan 200 anak ayam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 150 - RM 300 sahaja sebulan. Pada ketika ini beliau masih belum menjalankan perniagaan ternakan ayam beliau. Beliau Cuma mengharapkan gaji di kantin sekolah dan hasil jualan tanaman beliau seperti sayur cili yang terkenal di kalangan masyarakat Bidayuh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI Tebedu, beliau kini mampu mengurus perniagaan beliau. Malah beliau juga mempelajari cara-cara promosi dan pengurusan perniagaan bersama dengan pihak PI Tebedu. Kini pendapatan beliau mampu mencecah RM 700 – RM 1000 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui blog
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara dealing dengan pelanggan

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan iaitu latihan E-Keusahawanan