Usahawan Online Kraftangan Tradisional Sarawak

NAMA : PUAN LEONY ANAK KUWAK

UMUR  : 46 TAHUN

AHLI   : 5.12.2016

PEKERJAAN : GURU SEKOLAH RENDAH  

PENDIDIKAN : SARJANA PERGURUAN  

 

(Berdiri berbaju warna coklat( Puan Leony) sebelah petugas PI Tebedu, Cik Vee Fely)

Latar belakang

Puan Leony merupakan seorang cikgu yang mengajar di sekolah rendah di Daerah Tebedu ini. Walaupun sibuk bertugas sebagai seorang pengajar/guru, tetapi beliau juga mempunyai minat untuk berniaga maka beliau membuka perniagaannya sendiri. Beliau menyatakan yang beliau berminat untuk menjalankan perniagaan bermula secara kecil-kecilan. Antara bentuk perniagaan beliau ialah perniagaan cendawan tiram dan perniagaan menjual barangan kraftangan. Beliau membeli anak benih cendawan tersebut daripada rakan beliau sendiri. Pada mulanya , beliau hanya ingin menanam cendawan tiram tersebut untuk kegunaan beliau sendiri sahaja. Tetapi selepas melihat hasil tuaian yang agak banyak, beliau memutuskan untuk menjual hasil tuaian cendawan tiram tersebut. Dan sehingga kini masih lagi menjual cendawan tiram tersebut. Selain itu, beliau juga pandai menghasilkan kraftangan Sarawak samada untuk aktiviti kebudayaan atau untuk kegunaan seharian. Ketika ditemu duga dengan petugas PI Tebedu, beliau mengatakan bahawa beliau pernah mendapat tempahan 'Reung' dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk kegunaan latihan para pelajar di akademi tersebut. 'Reung' ataupun topi yang dihiasi dengan manik ataupun perhiasaan syiling emas yang dililit tepi Reung. Reung merupakan topi hiasan lengkap dengan pakaian tradisional yang dipakai oleh masyarakat wanita kaum Bidayuh ketika menyambut perayaan Hari Gawai Dayak. Beliau menyatakan bahawa beliau berasa bangga kerana pihak ASWARA memilih hasil kraftangan beliau sebagai pilihan. Beliau juga aktif mengikuti kelas usahawan yang diadakan di PI Tebedu sehingga kini. Beliau mengatakan yang beliau seronok belajar ilmu baru ICT dan seiringan dengan itu dapat membantu beliau mempromosikan produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat latihan ICT, agak susah untuk beliau mempromosikan produk-produk beliau. Malah pelanggan hanya dari sekitar kampung dan juga kawan-kawan di tempat kerja beliau sahaja. Pendapatan daripada perniagaan beliau hanya sekitar RM100 – RM RM200 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebedu, beliau kini memiliki 'Page' beliau sendiri. Disebabkan beliau mempunyai pelbagai jenis produk yang dijual, maka beliau membuat dua 'Page' iaitu untuk perniagaan cendawan tiram beliau dan juga untuk produk kraftangan. Beliau mendapat pelanggan dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui 'Facebook Page' tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM 800.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui 'Page Facebook'
- Mempelajari Microsoft Excel untuk pengiraan stok

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu dengan memberi latihan keusahawanan
- PI membantu mempromosikan produk Puan Leony