Usahawan Bakery-Pasteri & Bunga Plastik

NAMA  : BONG YUN KIAW

UMUR  : 33 TAHUN

AHLI   : 2011

PEKERJAAN : HOME MADE CAKE-BISCUT & BUNGA PLASTIK  

PENDIDIKAN : SIJIL PELAJARAN TINGGI MALAYSIA

Latar belakang

Puan Bong Yun Kiaw merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dengan menjaga tiga orang anak lelakinya yang masih bersekolah rendah dan pra sekolah.Kemahiran serta bakat beliau dalam bidang pembuatan kek dan biskut hanyalah terselah ketika musim perayaan sahaja. Itupun untuk keluarga beliau sendiri. Begitu juga dengan gubahan bunga plastic. Disebabkan ingin menambah serta membantu suami mencari pendapatan keluarga, maka beliau pun membuka tempahan kuih kek dan biskut. Tempahan bukan sahaja dibuka pada musim perayaan malah hari-hari biasa juga. Begitu juga dengan gubahan bunga plastic.Sehingga kini, perniagaan beliau berjalan dengan lancar walaupun pada hari biasa. Apatah lagi pada musim perayaan, sampai tak menang tangan. Pada kebiasaannya, beliau sendiri yang akan menghantar produk jualan ke rumah pelanggan melainkan pelanggan tersebut ingin pergi ke rumah beliau untuk mengambil tempahan. Baru – baru ini beliau mendapat tempahan yang agak lumayan untuk membuat kek hari jadi, iaitu enam biji kek hari jadi dalam seminggu. Malah beliau sendiri tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pelanggannya. Malah beliau juga sering dijemput oleh PI Tebedu untuk mengadakan program usahawan di PI Tebedu sebagai tenaga pengajar. Para peserta yang mengikuti program bersama beliau amat berpuas hati dengan cara beliau mengajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM 150 sahaja sebulan. Pelanggan beliau hanya daripada penduduk sekitar serta kawan – kawan yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Tebedu, beliau kini telah memiliki 'Facebook Page' sendiri untuk tujuan promosi gubahan bunga plastic iaitu Karya Seni Homemade. Untuk produk kek serta biskut beliau pulak melalui akaun Facebook dan Instagram sebagai medium promosi. Kini, pendapatan beliau meningkat iaitu dalam linkungan RM 150 – RM 350 sebulan

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mengikuti kelas latihan keusahawanan di PI Tebedu

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas latihan keusahawanan