Usahawan Binaan & Online (CIDB/PKK)

NAMA : BAHRIN BIN TUAH

UMUR : 40 TAHUN

AHLI  : 2016

PEKERJAAN : KONTRAKTOR BINAAN

PENDIDIKAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA  

 

Latar belakang

Encik Bahrin merupakan seorang pemegang sub-kontraktor di daerah Tebedu. Tetapi, kini perniagaan beliau makin berkembang dan menjadi sub-kontraktor di Daerah Serian dan Bandar Kuching. Perkhidmatan serta hasil kerja yang dihasilkan oleh beliau menyebabkan beliau dipercayai oleh pelanggan-pelanggan beliau. Malah beliau juga berusaha mempromosikan perniagaan beliau sama ada melalui media 'online' atau secara 'verbal'. Sejak beliau menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Tebedu, beliau kini percaya bahawa senang bagi beliau membuat capaian dengan pelanggan-pelanggan beliau. Malah, selain itu beliau juga sering mengikuti aktiviti – aktiviti di Pusat Internet Tebedu seperti kelas keusahawanan, Program Dashboard, Hari Bersama Komuniti dan lain-lain lagi. Selain menjadi usahawan yang berjaya, beliau juga merupakan seorang pemimpin iaitu Ketua Kampung di Kampung Darul Iman, Tebedu. Sebagai seorang pemimpin, beliau menggalakkan orang kampung mempelajari kemahiran berkomputer serta menggunakan internet. Kini, para Ahli Jawantankuasa masjid di Kampung Darul Iman menggunakan khidmat internet di PI Tebedu untuk mencari serta mencetak Khutbah Jumaat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Malah, pelanggan-pelanggan beliau juga hanya terdiri di daerah Tebedu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebedu, beliau kini telah memiliki Facebook dan Whatsapp sendiri yang dapat mempromosikan serta berhubung dengan para pelanggan beliau. Pelanggan beliau terdiri dari Tebedu, Serian dan Kuching yang mana mereka mengetahui perkhidmatan beliau melalui facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp.
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan beliau untuk menguruskan perniagaan secara konsisten.
- Mempelajari Excel untuk membuat akaun kewangan.
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan saya
- Memberi latihan untk menambahkan kemahiran berkomputer dan berinternet