Usahawan Jahitan Pakaian & Kelas Laman Sosial (FB)

NAMA : BRENDA ANAK PETER

UMUR : 24 TAHUN

AHLI  : 2.07.2011

PEKERJAAN : TAILOR

PENDIDIKAN : SIJL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA   

 

Latar belakang

Cik Brenda mula menjadi ahli PI Tebedu sejak tahun 2011. Pada ketika itu, PI Tebedu masih lagi bertapak di tapak lama iaitu Kampung Insan Jaya, Bengan. Malah, beliau juga pernah mengikuti kursus Intel Easy Step dan Intel Entrepreunership bersama dengan petugas-petugas PI ketika itu. Walaupun PI Tebedu telah berpindah tapak, Cik Brenda masih mengikuti latihan ICT yang diadakan di PI Tebedu.

Malah beliau memohon ke Institusi Giat Mara juga melalui perkhidmatan atas talian di PI Tebedu. Selepas habis pengajian, beliau mula memperkenalkan produk jahitan beliau dengan penduduk kampung sahaja. Pada masa itu, tempahan beliau sedikit sahaja dan hanya pada masa tertentu sahaja. Kemudian, beliau ke PI Tebedu dengan meminta bantuan petugas Pi1m menolong beliau mempromosikan produk jahitan beliau secara online. Petugas PI Tebedu mencadangkan kepada beliau untuk mencipta akaun Facebook. Ini kerana Facebook mempunyai rangkaian yang luas dan semua orang dapat melihat hasil jahitan beliau berbanding dengan sebelumnya. Adik Brenda bersetuju mencipta akaun Facebooknya dan kini hasil pendapatan bulanan beliau bertambah. Beliau kini mendapat tempahan bukan sahaja daripada penduduk kampung malah dari sekitar Tebedu dan Serian. Pelanggan beliau juga banyak dari persatuan-persatuan kampung serta daripada ibu bapa yang ingin membuat baju sekolah anak-anak mereka dan pakaian untuk musim perayaan seperti Hari Gawai Dayak serta Hari Krismas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah tempahan pada ketika itu hanya 3 ke 4 helai baju sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebedu, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jahitan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah mampu mencecah RM500 – RM1000 terutamanya pada musim perayaan dan persekolahan.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB,
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi dan lain-lain lagi
- Mempelajari cara mencipta brosur dan kad perniagaan beliau sendiri.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk saya di Dashboard Komuniti
- PI membantu saya dengan mempelajari cara-cara perniagaan melalui Latihan Intel Entrepreunership.