Usahawanita Bakery & Pastri

NAMA : NURSAHLA ABDULLAH 

UMUR : 35 TAHUN

AHLI : 2011

PEKERJAAN : HOME MADE KEK & PASTRI

PENDIDIKAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA  

Latar belakang

Puan Nursahla Abdullah merupakan seorang yang berkerjaya serta berkeluarga. Walaupun sibuk dengan kerja serta keluarga, beliau masih mempunyai masa dan ruang untuk minat beliau. Beliau amat berminat membuat kuih dan kek.Pelbagai jenis kuih muih serta kek dihasilkan sesuai dengan majlis atau perayaan yang diadakan.

Beliau juga sering berkongsi ilmu dengan komuniti sekitar dengan mengajar para wanita membuat kek, muffin dan pelbagai lagi. Melihat usaha beliau, petugas Pusat Internet Tebedu mengajak beliau untuk mengadakan latihan di Pusat Internet Tebedu. Melalui latihan tersebut, hasil produk beliau kini sudah dikenali ramai. Malah beliau juga dibantu oleh petugas PI Tebedu dengan berkongsi asas-asas perniagaan secara atas talian.

Beliau berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menggunakan platform-platform yang disediakan oleh kerajaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

• Pelanggan beliau hanya rakan sekerja dan jiran-jiran kampung.
• Tiada latihan mahupun platform untuk membantu beliau mengembangkan lagi ilmu perniagaan.
• Jualan beliau kurang mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

• Produk serta khidmat beliau semakin dikenali ramai.
• Beliau mendapat latihan daripada Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) melalui Pusat Internet Tebedu iaitu Master Training Certificate Programme for PI.

Apa yang dipelajari melalui PI

• Mempelajari asas-asas perniagaan secara atas talian.
• Membuat akaun social seperti Facebook & Email

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

• PI membantu mempromosikan produk
• Memberi kelas tambahan
• PI membantu untuk mendapatkan latihan